Isteri kepada mangsa yang terkorban dalam nahas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas ngeri di Jalan Chikus–Sungai Lampam, hari ini meluahkan rasa pilu mengetahui khabar pilu kematian suaminya, Koperal Amiruddin Zabri.
Luah Norazian Mohd Joned, dia dan suami menunggu 10 tahun untuk menimang cahaya mata perempuan namun amat memilukan apabila suaminya menjadi salah seorang daripada 9 anggota FRU yang terkorban.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Salah Seorang Anggota FRU M*ut Kemalangan Sempat Rakam Momen Terakhir Dalam Trak
Artikel berkaitan : Masalah Stereng Punca Lori Bawa Batu Rempuh Trak FRU
Menurutnya, mereka sebelum ini dikurniakan 2 anak lelaki iaitu Amirul Firdaus, 12 dan Amirul Asyraf, 11 sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan pertama mereka iaitu Amira Sofea yang kini sudah berusia setahun.
“Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu… tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama.”
Norazian yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berkata, kali terakhir dia bersama arwah suaminya itu tengah hari semalam sebelum arwah suaminya itu bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.
“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku.”
Kata Norazian, suaminya mula berkhidmat dalam pasuka polis sejak tahun 2011 dan pernah bertugas di beberapa negeri termasuk di Johor sebelum berpindah ke penempatan terkini.
Dia dimaklumkan mengenai khabar duka melalui rakan sekerjanya yang menjelaskan terdapat kemalangan membabitkan Unit 5 dari Sungai Senam.
Ketika Norazian menelefon suaminya, panggilan tersebut tak terjawab. Namun ketika cuba hubungi rakannya, dia diminta untuk tenang dan bersabar.
Norazian pada ketika itu masih keliru apabila mendenga khabar berita tersebut kerana pada waktu dia dimaklumkan, cuma 6 anggota yang maut, namun dia reda dengan ketentuan ilahi.
Sumber : Harian Metro