in

“Kami tidak mahu backpacker” – Bali Bakal Dibuka Secara Berperingkat, Tapis Kemasukan Pelancong

Bali Tak Terima Backpackers Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia nampaknya sedang bersedia (sekali lagi) untuk membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara berkenaan namun ada khabar kurang gembira untuk para backpackers.

Berita pembukaan semula Indonesia ini pastinya akan bersangkutan dengan Bali, destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh pelusuk dunia yang terkenal dengan kekayaan budaya, keindahan pantai dan macam-macam lagi.


Namun begitu, baru-baru ini Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan ada mengeluarkan sebuah kenyataan seakan-akan memberikan gambaran bahawa bukan semua golongan pelancong bakal dibenarkan ke pulau peranginan tersebut sekiranya ia dibuka nanti.

Luhut Binsar Menteri Indinesia

“Kita telah bersedia, bila dibuka? Ia bergantung kepada negara tersebut (status covid)”

Difahamkan, tarikh pembukaan Bali masih belum ditentukan dan berkemungkinan besar ianya akan dibuka sekiranya pulau tersebut mendapat memasuki level 2 dalam Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

Menurut Kementerian Pelancongan, Republik Indonesia, Bali ketika ini berada di level 4 yang mempunyai peraturan sekatan ketat.

Ppkm Bali

Tambah Luhut lagi, pelancaran pelancongan antarabangsa akan dilakukan dengan teliti, ia termasuklah dengan mewajibkan pengunaan aplikasi PeduliLindungi di semua kemudahan awam dan tempat-tempat pelancongan.

Selain itu, menteri itu juga mengatakan bahwa Indonesia hanya tertarik pada “pengunjung yang berkualiti.” Difahamkan, kesemua pelancong yang ingin ke Bali akan di tapis dan golongan backpackers tidak akan dibenarkan masuk atas alasan untuk mengekalkan ‘kebersihan’ pulau tersebut.

Harapnya, peraturan ini hanya digunapakai pada peringkat awal pasca pandemik lah. 

Baca : Upin & Ipin Adalah Propaganda Positif Malaysia Kepada Dunia Luar – Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia

Upin Ipin Ft Image

Sumber: MSN
Sumber: Bali Tribune

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.