Pelakon Nora Danish berdepan dengan situasi cemas apabila kenderaan yang dinaikinya terperangkap dalam kesesakan jalan raya disebabkan kejadian tanah runtuh yang berlaku dekat Jalan Tapah-Cameron Highlands awal pagi tadi.
Menurut Kosmo, sekitar jam 8 pagi, Nora dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke tempat peranginan tersebut untuk menjalani penggambaran sebuah drama di sana.
Namun tak pula dia duga kenderaannya terperangkap hampir sejam di laluan Tapah menghala ke Cameron Highlands, Pahang selepas berlakunya tanah runtuh di situ. Aduhai!
Menurut instastory Nora, beberapa video yang dimuat naiknya menunjukkan kejadian tanah runtuh sehingga beberapa batang pokok tumbang di lereng bukit dan menghalang laluan perjalanan.
Selepas hampir sejam menunggu, teamnya terpaksa berpatah balik melalui jalan Simpang Pulai walau bagaimanapun jalan di situ juga turut mengalami kejadian tanah runtuh.
“Pokok lain pula jatuh di sini dan sekarang kami terperangkap di tengah-tengah (jalan).
“Kemudian kami cuba melalui jalan tadi dan alhamdulillah leganya rasa. Abang-abang daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA) selamatkan keadaan,” tulisnya.
Apa-apapun, Nora kini sudah selamat sampai di destinasi yang dituju dan sedang menjalani penggambaran di sana.
“Musim-musim hujan begini, dinasihatkan jangan ikut Tapah, bahaya. Capaian internet susah, jalan sempit, pokok-pokok besar dan gaung lagi,” tulisnya lagi.
https://www.instagram.com/p/CFI_JQagX9D/
Siapa yang nak ke Cameron Highlands sempena cuti Hari Malaysia tu hati-hati ye!