in

“Kami tak henti cari Hafiz” – Remaja Hilang Ditemui Meninggal Dunia, Sahabat Tangisi Pemergian Arwah

Syaz Ft 2024 07 05T152232.450

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan seorang remaja selepas hampir sebulan berakhir tragedi apabila satu rangka manusia dijumpai dalam sebuah kebun dan disahkan milik Hafiz Fauzan.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh bapanya, Abd Halid Sugiman menamatkan penantiannya hampir 10 hari selepas rangka terbabit ditemui pada pagi, 25 Jun lalu.


Artikel berkaitan: Hilang Selama Sebulan, Polis Sahkan Rangka Manusia Di Kebun Durian Milik Remaja Hilang

Artikel berkaitan: Remaja 16 Tahun Hilang Ketika Mendaki Bukit Broga Ditemui Maut, Ini Kronologinya...

Hari ini, merupakan hari pengembumian remaja berusia 17 tahun itu dan ianya dihadiri oleh sahabat-sahabatnya.

Dalam video yang dikongsikan oleh Kosmo!, sahabat karibnya itu tidak dapat menahan sebak atas pemergian rakan karibnya itu dan mengakui akan rindukan gelak tawanya.

“Tiada lagi gelak tawa Hafiz, kami cukup merinduinya. Kami tidak pernah berhenti mencarinya selepas dia dilaporkan hilang pada akhir Mei lalu.

Hafiz seorang yang sangat kuat bersukan dan aktif sertai pertandingan bola sepak untuk wakil sekolah dan negeri.

Selepas Hafiz dilaporkan hilang, saya dan rakan-rakan yang lain mencari Hafiz hampir setiap hari. Kami keluar pagi, petang balik adakalanya sampai malam baru balik, namun tidak menemuinya,” katanya.

Rakannya itu turut berkongsi arwah sangat aktif dalam aktiviti di sekolah dan merupakan tonggak utama pasukan bola sepak serta kumpulan nasyid Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja.

Salam takziah…

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.