in

“Kami suka sama suka” – Hubungan Incest Abang & Adik Terbongkar Lepas Jiran Nampak Adik Selalu Muntah-muntah

Collage 35

Tugas seorang abang sepatutnya melindungi adik perempuan. Tapi, untuk lelaki berusia 23 tahun ini, dia jadikan kesengsaraan adiknya sebagai alasan untuk dia puaskan nafsu.

Romi, seorang lelaki dari Kalimantan Timur, Indonesia telah ditahan pihak berkuasa di sana baru-baru ini gara-gara menghamilkan adik perempuannya sendiri.

Menurut Sosok, hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis tempatan, menemui hubungan incest antara abang dan adik ini bermula apabila mangsa sering dibuli di sekolah kerana keadaan keluarga yang miskin.

Disebabkan itu, setiap kali pulang dari sekolah, gadis ini akan meluahkan rasa sedih kepada abangnya.

Dr Ashton What To Do Sexual Assault Rape
Gambar hiasan

Dia selalu luahkan masalah pada abangnya. Kerana adiknya ini sering mengadu, abangnya mula ambil kesempatan dengan mengajak mangsa melakukan hubungan seks”

Pada awalnya, mangsa menolak ajakan Romi. Kerana tak puas hati, Romi kemudiannya mengugut mangsa untuk tak bagi duit belanja sekolah.

Kerana takut tak dapat duit belanja, gadis ini menurut permintaan abangnya. Bermula dari paksaan, lama-kelamaan dua adik beradik ini mula melakukan hubungan seks secara suka sama suka.

Mereka mula melakukan hubungan terlarang ini berulang kali sejak tahun 2018 hinggalah September 2019.

Hubungan dua beradik ini terbongkar bila si adik mula mual-mual. Namun, remaja ini masih cuba merahsiakan keadaannya dengan memberikan alasan yang dia ada penyakit kepada guru sekolah dan jirannya.

Pun begitu, jiran-jiran remaja ini tak percaya dengan alasan yang diberi dan membawa mangsa ke klinik untuk diperiksa. Bila diperiksa, doktor mengesahkan mangsa hamil.

Teenagegirl
Gambar hiasan

Ketika ini barulah mangsa menceritakan perkara yang sebenar dan membuat laporan polis ke atas perbuatan abangnya itu.

Kalau korang nak tahu, mangsa mempunyai sembilan adik beradik dan Romi merupakan anak sulung dalam keluarga mereka.

Punca kenapa dorang boleh melakukan hubungan ini tanpa pengetahuan ibu bapanya adalah kerana parents dorang tinggal di rumah berasingan walaupun bersebelahan.

So, perbuatan terkutuk ini akan dilakukan semasa adik beradik yang lain tak ada di rumah.

Bila Romi ditahan polis, lelaki ini memberikan alasan yang hubungan mereka adalah atas dasar suka sama suka.

Romi kini masih dalam tahanan dan jika sabit kesalah dia boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun manakala adiknya kini tinggal bersama ibu bapanya.

 

Baca: Bapa Tiri Rogol Anak Sejak Usia 10 Tahun Sampai Si Gadis Jadi Ketagih Seks

Screenshot 2019 10 11 At 5.03.15 Pm