Sejak kebelakangan ini, seringkali kita dengar cerita mengenai pelancong luar negara yang datang ke negara kita untuk mengunjungi dan ada juga didakwa telah meceroboh puncak bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu menara Merdeka 118.
Peristiwa pasangan Rusia yang menceroboh puncak menara Merdeka 118 itu telah mengundang amarah warganet setelah mereka memuat naik video perjalanan mereka menawan puncak bangunan tersebut.
Namun baru-baru ini, Ivan Beerkus, teman lelaki Angela Nikolau telah membuat suatu posting di akaun Instagramnya untuk menjawab beberapa persoalan warganet mengenai isu berkenaan yang tular itu.
https://www.instagram.com/p/CnOdILLJUwj/
Melalui posting berkenaan, pasangan Rusia itu telah menyatakan bahawa mereka sudah tiada lagi di negara Malaysia sekali gus meminta agar pihak berkuasa untuk berhenti daripada menjejaki mereka.
“Jangan bazirkan bajet (duit) negara untuk mencari kami di Malaysia. Kami sudah tiada lagi,” katanya.
Beerkus turut memberitahu, bahawa perjalanannya mendaki tempat tinggi telah menjadi salah satu cara dirinya dan Angela untuk berkongsi hobinya bersama orang lain yang mempunyai minat yang sama dan dia juga telah menyatakan bahawa mereka telah melawat Malaysia secara sah.
https://www.instagram.com/p/CmvLzklJDVt/
Jelas Beerkus, misi tersebut dimulakan dengan melakukan penyamaran iaitu dengan memakai tudung, cermin mata, dan seragam pekerja pembinaan untuk memastikan identitinya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun Beerkus akui, usaha terbabit bukanlah suatu kerja yang mudah dan tindakan mereka memanjat bangunan tersebut adalah bagi meningkatkan daya keyakinan terhadap diri sendiri.
“Kami menunggu di tempat persembunyian kecil di dalam Menara Merdeka 118 lebih 20 jam dalam keadaan kehabisan air, makanan dan tidak dapat menggunakan tandas serta meregangkan kaki atau bernafas disebabkan habuk pembinaan,” ujarnya.
Ada juga pihak yang kata isu ni sebenarnya fake… apa pendapat korang?