in

“Kami nasihatkan pelanggan ganti puasa” – Laung Azan Maghrib 3 Minit Awal, DarSA Fried Chicken Mohon Maaf

darsa chicken laung azan awal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laungkan azan Maghrib tiga minit lebih awal, DarSA Fried Chicken (DFC) membuat permohonan maaf di atas kesilapan tersebut yang membuatkan pelanggannya di cawangan Puncak Alam berbuka puasa lebih awal pada 17 Mac lalu.

Pihak pengurusan DFC Puncak Alam dalam satu kenyataan berkata, pada hari tersebut, laungan azan Maghrib berkumandang jam 7.26 malam sedang waktu berbuka puasa sebenar bagi kawasan Kuala Selangor ialah 7.29 malam berdasarkan rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Kesilapan itu menyebabkan pelanggan berbuka puasa awal dan pihaknya memohon agar pelanggan yang terlibat mengganti puasa masing-masing bagi mematuhi hukum syarak.

Artikel berkaitan: “Was-was jangan pergi makan lah” – Ceddy Pertahankan Kenapa Darsa Masih Belum Dapat Sijil Halal

Artikel berkaitan: Tular Surat Tentang Isu Sijil Halal Di 6 Restoran Terkenal, JAKIM Tampil Beri Respon

Sehubungan itu, kami menasihatkan pelanggan untuk ganti (qada’) puasa bagi mematuhi hukum syarak. Kami juga telah mengambil langkah-langkah pembetulan agar perkara ini tidak berulang termasuk menyemak dan menyelaras waktu azan dengan jadual rasmi solat.

“Kami menghargai kepercayaan anda terhadap DFC Puncak Alam dan berkomitmen untuk memberi pengalaman terbaik kepada semua pelanggan. Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih di atas sokongan anda,” kata kenyataan itu semalam.

472718037 122156403032305051 4247282446791908259 n

Kenyataan yang sama juga telah dimuat naik pada 19 Mac lalu yang mana pihak DFC berjanji mereka akan memastikan jadual azan diselaraskan dengan waktu solat rasmi bagi mengelakkan kejadian ini berulang.

Posting di laman Facebook rasmi DFC itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata menerima permohonan maaf tersebut dan berharap agar pihak restoran lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.