Berikutan dengan keluhan daripada bekas pelakon, Ekin terhadap caj mahal daripada sebuah kedai makan hidangan makanan laut, pemilik kedai tersebut ada tampil memberikan respon dan membuat pendedahan secara terperinci mengenai caj yang dikenakan.
Terpanggil dengan penjelasan itu, isteri kepada penyanyi Mawi ini sekali lagi tampil memberikan kenyataan balas bagi menjawab segala dakwaan pemilik kedai itu.
Artikel Berkaitan : “Datang 20 orang” – Dituduh Caj Makanan Mahal, Pemilik Restoran Seafood Beri Penjelasan
Artikel Berkaitan : Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan Di Gerai Lebih RM1,000, Kementerian Bakal Jalankan Siasatan
Menurut Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat, 44, dia bersama ahli keluarga berkunjung ke restoran berkenaan seramai 16 orang, bukan 20 orang sepertimana yang diperkatakan oleh wanita tersebut.
“Kami makan tak 20 orang, semuanya 16 termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepala.”
“Sebenarnya resit asal yang dia berikan kepada saya pada hari berkenaan tidak sama seperti yang dia jelaskan di media sosial. Resit asal tiada pun menerangkan secara terperinci setiap hidangan yang kami makan.”
“Jika dari awal lagi sudah dijelaskan setiap perincian harga mungkin tidak menjadi isu.”
Jelas Ekin lagi, dia turut mendapatkan pandangan beberapa rakan lain yang juga bersetuju bahawa caj yang dikenakan itu amat keterlaluan dan tidak setimpal dengan jumlah hidangan.
“Ketika dapat tahu harga itu saya sudah mula rasa pelik. Kemudian ada juga bertanya kepada orang lain dan saya diberitahu harga itu agak melampau.”
“Ketika saya makan di sana dan tanya harga pun dia tidak cakap. Katanya order sahaja dan kemudian baru kira. Kami niat baik nak bantu peniaga kerana ketika itu kedainya tidak ramai orang berbanding tempat biasa kami pergi.”
Tambah Ekin, tujuan dia memadamkan perkongsian itu di media sosial miliknya adalah kerana dia menerima banyak komen dan mesej daripada pengunjung di kedai itu bahawa mereka terkena perkara yang sama berlaku di restoran berkenaan.
“Ramai yang sudah terkena, sebab itu saya padam gambar tersebut. Kami tak mahu ia menjadi isu besar sehingga nanti boleh jejaskan perniagaan restoran itu.”
“Bagi saya apa yang telah dikongsi sebelum ini adalah hak sebagai pengguna. Restoran itu juga tidak meletakkan tanda harga pada menu ketika kami makan di sana.”
Makcik tu pun ada cakap yang dia bersedia nak berjumpa dengan Ekin, harap mereka boleh bersemuka untuk selesaikan hal ini dengan cara baik.
Sumber : mStar Online