Polemik di antara Amerika Syarikat (AS) dan aplikasi Tik Tok ini ibarat tiada jalan penyelesaiannya. Presiden AS, Donald Trump pada awal bulan lalu telah membuat pengumuman perancangannya untuk mengharamkan aplikasi tersebut di Amerika di atas sebab keselamatan privasi data.
Oleh hal yang demikian, pihak pengeluar TikTok, ByteDance telah mengambil tindakan undang-undang untuk menfailkan saman terhadap pihak pentadbir Trump kerana mendakwa proses sekatan tersebut tidak mengikut lunas undang-undang yang betul.
ByteDance juga ada memaklumkan mereka telah berunding dengan pihak Trump untuk menjelaskan fakta dan mencari jalan penyelesaian. Namun rundingan tersebut tidak disambut baik oleh pihak AS.
Kronologi sekatan TikTok di Amerika Syarikat
6 Ogos
Trump umum pengharaman sebarang transaksi antara ByteDance dengan mana mana entiti di AS dalam masa 45 hari.
14 Ogos
Trump sekali lagi mengeluarkan arahan eksekutif memaksa ByteDance menjual pegangan kepada syarikat AS dalam tempoh 90 hari.
Walau bagaimanapun, ByteDance tidak menjelaskan jumlah saman yang akan dikenakan kepada pihak pentadbiran Trump.
BytedDance juga menyatakan mereka akan membuka pusat data di Ireland dengan pelaburan 420 juta euro dan berharap agar usaha mereka ini akan membuah hasil untuk mengembangkan capaian di seluruh dunia walaupun berdepan dengan cabaran politik dunia, lapor Astro Awani
Baca: Selepas India, Kini Giliran Amerika Rancang Untuk Ban TikTok Atas Faktor Keselamatan Privasi Data