Baru-baru ini, tiga personaliti terkenal iaitu penyanyi Ziana Zain, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia susulan sebuah kes rasuah membabitkan sebuah syarikat perunding kewangan yang didakwa memberi wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikatnya.
Artikel berkaitan: Ziana Zain, Datuk Jalaluddin & Dr Sheikh Muszaphar Hadir Ke SPRM Guna Pintu Belakang
Artikel berkaitan: SPRM Tak Beku Akaun Bank Ziana Zain & Datuk Jalaluddin, Terima Bayaran Antara RM150K-RM400K
View this post on Instagram
Pun begitu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 57 memberitahu dia dan dua lagi personaliti terkenal itu hanya memberi keterangan untuk membantu siasatan kes rasuah tersebut.
“Kami hanya membantu siasatan bukannya suspek. Mereka tanya berapa lama kenal dan lakukan tugas apa sepanjang jadi duta. Selebihnya semasa siasatan selama dua hingga tiga jam saya berbual.
Jadi, saya tidak risau pun. Biasalah, orang luar suka sangat buat spekulasi. Tidak baik.
Bahagian saya dan dua duta lain sudah selesai. Siasatan selanjutnya tidak tahu kerana itu kerja pihak SPRM,” katanya.
Pelantun lagu Madah Berhelah itu juga menafikan dirinya menerima wang sebanyak RM 400K daripada syarikat tersebut.
“Duta ramai, sudah semestinya belanja pun banyak. Kadang-kadang bila nilai dikeluarkan bukan kami dapat semua pun jumlah tersebut,” katanya lagi.
Sebagai info, seramai 12 individu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi, termasuk kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.
Sumber: Kosmo!