in

“Kami hantar susu naik bas ekspres” – Pernah Diketawakan Promoter & Buyer, Bos Farm Fresh Cerita Jatuh Bangun Bisnes

Bos Susu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang menonton Gegar Vaganza (GV) setiap minggu, pasti korang kenal dengan bos susu Farm Fresh iaitu Encik Azmi Zainal. Setiap minggu di GV, Farm Fresh pasti isi program ini dengan segmen kongsi rezeki kan?

Dah banyak artis yang dibantu bos susu kita ni seperti Zaiton Sameon, Aida Agil, Shima dan yang terbaru minggu lepas, Hail Amir. Tapi di sebalik kejayaan Encik Azmi, korang tahu tak jatuh bangunnya dalam mengusahakan syarikat ini? 


75604028 2603741052995172 8748263201247854592 N

75594523 2603755816327029 8006403116641550336 N
sumber: facebook
Jom baca perkongsian Azmi Zainal sendiri di Facebook

 

“Kami bermula dengan 60 ekor lembu… kami hantar susu-susu tu naik bas ekspres” 

Ramai yang mungkin tak percaya, tapi siapa sangka Azmi sebenarnya telah memulakan bisnes ini hanya dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak pada awal permulaan bisnes.

Tambah Azmi, lebih mengejutkan, mereka terpaksa menghantar susu-susu yang nak dijual itu menaiki bas ekspres kerana tak ada lori yang heran pun untuk setakat hantar 10 ke 20 kotak susu ke KL. Alahai… 

Azmi 1

76646883 2603726542996623 8626082930843713536 N

78853210 2603726652996612 3602723592720089088 N
sumber: facebook

“Biarlah itu company kecik… kita tak payah usik, nanti dia sendiri mati maaa”

Tak cukup dengan itu menurut Azmi, mereka juga pernah ditertawakan dan dipandang rendah oleh competitor, buyer dan promoter-promoter kerana syarikat masih kecil.

Malah ada juga yang mempertikaikan sama ada mereka ni boleh bayar gaji pekerja atau tidak hanya kerana bosnya memakai selipar untuk bekerja. Kesiannya… 

Fresh 1

72251764 2603726549663289 8725380852445347840 N

74664556 2603726696329941 2046378936736153600 N
sumber: facebook

“Sponsor GV paling tenang setakat ni” – Netizen

Netizen yang membaca kisah inspirasi Azmi ini salute sungguh dengan kegigihan dan keberaniannya dalam berbisnes. Semoga apa yang dikongsikannya menjadi inspirasi buat semua.

Insp
sumber: facebook
Bagi min, Farm Fresh penaja GV yang paling best setakat ni! 

Baca: “Tak bagitau pun masuk GV” – Busana Baju Wann Ciplak Idea Baju Kahwin Hatta Dolmat?

Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.