in

“Kami di acara ni sebagai peniaga”- Zain Saidin Minta Pengunjung Booth Beli Barang Dulu Jika Mahu Bergambar

bergambar dengan artis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon yang popular dengan drama Oh My English, Zain Saidin menjadi tumpuan ramai apabila dia menjelaskan bahawa pengunjung booth produk jualannya perlu membeli produknya terlebih dahulu jika ingin bergambar dengannya.

Menerusi video TikTok di akaunnya, Zain menjelaskan perkara tersebut setelah tular di media sosial apabila dia dan isterinya yang juga pelakon, Rozita Che Wan meminta seorang pengunjung yang mahu bergambar bersama untuk membeli produk mereka tterlebih dahulu.


6 4

@zainsaidin23

Kadang kita cuba paham orang tapi orang tak penah paham kita. Kadang kita cuba jaga perasaan diorg tapi dorang tak penah nak jaga perasaan kita. Ape2 pun selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin #raya #aidilfitri #sabah

♬ original sound – Zain Saidin – Zain Saidin

Artikel Berkaitan: “Leceh bawa orang tua” – Zain Saidin Mengusik Che Ta Sebab Naik ‘Airwheel’ Dalam Mall

Artikel berkaitan: “Banyaknya kek!” – Netizen Teruja Tengok 9 Biji Kek Birthday Tema Barbie Anak Che Ta

Menurut Zain, dia dan Che Ta membuka booth jualan di Sabah International Convention Centre dan mereka ke situ sebagai peniaga produk dan bukannya artis yang dibayar untuk datang menyanyi di atas pentas acara.

Jadi, sebagai peniaga, dia perlu membayar kos sewa booth, tiket penerbangan untuk ke Sabah, kos pengangkutan barang dari Semenanjung ke Sabah dan membayar gaji staf.

Oleh itu, dia meminta pengunjung yang datang ke gerai jualannya untuk bergambar dengan mereka untuk menyokong mereka dengan membeli barang jualan mereka terlebih dahulu dan gambar yang diambil dengan artis itu pula adalah sebagai hadiah percuma atau free gift.

Menurut Zain, meskipun mereka bekerja sebagai pelakon dan artis, mereka juga perlu menyara keluarga dan kehidupan mereka.

Sumber: TikTok Zain Saidin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.