in

“Kami cuma bercakap ringkas” – Mizz Nina Dedah Kenal Dengan Essam Sejak 2015

mizz nina kenal essam 2015

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini banyak perkongsian serta reposts yang berkongsi suasana sekitar majlis resepsi penyanyi rap serta pendakwah Mizz Nina dengan pilihan hatinya, Essam Muhammad yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam sebuah rakaman di majlis tersebut, Mizz Nina atau Shazrina Azman berkongsi detik perkenalannya dengan Essam Muhammad yang merupakan aktivis serta penyanyi rap yang berasal dari Amerika.


Artikel penuh: “Manisnya!” –  Majlis Resepsi Mizz Nina Di KL Meriah, Ramai Rakan Artis Datang

Artikel penuh: “Sepadan sangat!” – Umum Sudah Berkahwin, Kenali Pilihan Hati Mizz Nina Essam Muhammad

https://www.tiktok.com/@mizznina06/video/7275039477578419457

Mizz Nina berkongsi Essam memuji puisi yang dibacanya dalam sebuah festival pada tahun 2015 dan kemudian memperkenalkan dirinya.

“Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.

Dia kata ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih. Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.

Selain itu, menurut Kosmo!, Essam berkongsi persahabatan dia dan Mizz Nina adalah berlandaskan rasa hormat antara satu sama lain.

“Detik terindah adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah,” katanya.

Sebagai info, ini merupakan perkahwinan kedua Mizz Nina, sebelum ini dia mendirikan rumah tangga dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada 2011, namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.