in

“Kami bukan couple” – Gadis Perjelas Hubungan Dengan Rakan, Minta Caprice Turunkan Video Bersifat Fitnah

caprice muat naik video mesra gadis

Sejak semalam, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan aksi mesra dua gadis bertudung yang mengundang pelbagai persepsi netizen di media sosial.

Video itu kemudian telah dimuat naik oleh penyanyi rap dan aktivis sosial, Caprice di laman Instagramnya yang didakwa mengundang dakwaan mengatakan dua gadis ini mengamalkan hubungan sejenis.

ss 2 side

Dunia makin pelik. Kalau nak jadi jahat tolonglah jangan libatkan atau sebut Allah,” tulis Caprice.

Boleh tonton video di sini

“Kami bukan pasangan” 

Susulan penularan video berkenaan, salah seorang individu yang dikaitkan dalam video itu telah tampil mempertahankan diri dan menafikan dia mengamalkan hubungan sejenis.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, individu ini menjelaskan bahawa dia dan rakannya bukanlah ‘pasangan’, malah ahli keluarga juga tahu tentang video yang dimuat naik itu.

Kami bukan pasangan, dia kawan baik saya. Dia juga anak angkat ibu saya, sekaligus menjadikan dia kakak saya. Keluarga tahu tentang kami, malah ibu saya juga like video kami. 

“Saya berani muat naik video panggil dia sayang atau wifey sebab kedua-dua belah keluarga tahu ia sekadar nama timangan (nickname) yang kami selalu guna,” katanya dalam posting berkenaan.

si 2

likes

Pada masa yang sama, gadis itu juga memohon orang ramai agar berhenti menyebarkan makluat palsu mengenai dirinya dan rakan itu.

Dia juga telah meminta pempengaruh Caprice untuk menurunkan video mereka dari platform media sosial dan meluahkan rasa sedih melihat orang ramai memperkatakan hal tersebut tanpa usul periksa.

Hanya kerana awak artis (selebriti), ia tak memberi hak untuk awak cakap apa saja mengenai orang lain. Saya mohon jasa baik awak untuk turunkan video itu kerana ia bersifat fitnah terhadap kami,” katanya lagi.

si1

Difahamkan setakat artikel ini ditulis, video berkenaan masih ada di profile Instagram Caprice dan penyanyi rap berkenaan juga ada memuat naik beberapa hantaran di IG story yang mempertahankan dakwaannya mengenai isu tersebut.

Sumber: TikTok, Instagram, mStar