in

“Kami Budak Gen Z” – Anak Aliff Syukri Buat Lagu Raya, Ada Cik B Lagi!

syaz ft 2025 02 06T164209.595

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama lagi, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri, di Malaysia seperti tidak lengkap jika tiada lagu raya untuk memeriahkan perayaan itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, usahawan kosmetik Datuk Alif Syukri mengeluarkan lagu raya meski mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, namun tahun ini anaknya, Qadeejah pula meneruskan ‘legasi’ tersebut.


Artikel berkaitan: “Jangan rosakkan dia ye!” – Netizen ‘Warning’ Aliff Syukri, Jangan Buat ‘Content Pelik’ Dengan Ina Naim

Artikel berkaitan: Aliff Syukri & Abang Viva ‘Turun Padang’, Bergabung Untuk Misi Bantuan Banjir Di Terengganu & Kelantan

Menerusi perkongsian Datin Shahida di laman TikTok miliknya, anak perempuannya itu bakal mengeluarkan lagu raya bersama anak usahawan kosmetik, Cik B, Alyssa Dezek serta anak kepada pengarah Aziz M Osman, Ara Aziz.

@shahidadherbs2

Qadejah nak keluarkan lagu raya guys. Nantikan sedap ke tak😂

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Dalam perkongsian itu, Datin Shahida berkata dia amat risau jika suaminya mengeluarkan lagu raya tahun ini tetapi dia menyokong anaknya dan rakan-rakan untuk mengeluarkan lagu untuk perayaan tersebut.

Teaser bagi lagu tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, ada yang merasakan lagu tersebut agak cringe namun ada juga yang tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut.

cats 1

Hmm, agak-agak best tak lagu ni?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.