Penyebaran wabak COVID-19 di negara kita kini makin lama makin memburuk. Dari puluhan kes, kini sudah 117 kes meningkat dalam masa yang singkat. Malah Malaysia juga kini diklasifikasikan sebagai negara kedua di Asia Tenggara yang paling teruk dijangkiti wabak COVID-19. Allahu…
Bila situasi macam ni berlaku, ramai yang menuding jari kepada kerajaan kerana tidak mengambil langkah sepatutnya dalam membendung wabak ni. Tapi tahukah korang, kredit sebenar patut diberikan kepada petugas perubatan yang bermati-matian bertugas dalam melawan virus ini?
“Dah makan dah? Tak sempat lagi doktor…”
Menerusi posting Facebook yang dikongsikan seorang doktor, beliau telah bercerita mengenai suka duka doktor petugas di khemah saringan wabak COVID-19 dekat Hospital Serdang.
Menurutnya, doktor-doktor dan petugas perubatan yang ada di sana antara yang paling gigih bertugas kerana mereka ini bekerja sampai sanggup skip waktu makan tau.
Malah tak cukup dengan tu, mereka juga terdedah dengan risiko terkena wabak tersebut. So jangan korang pandang rendah akan tugas mereka!
“Petugas kami terdedah kepada ‘heat stress'”
“Inilah pengorbanan yg terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua”
“Sebarang handset tak dibenarkan digunakan dalam khemah saringan…”
Dalam pada itu, ada pulak gambar petugas PPE ni viral dilihat sedang bersantai sambil bermain telefon. Doktor terbabit pantas menjelaskan bahawa sebenarnya perkara ni berlaku sebelum petugas ni memulakan pekerjaan.
Bila dah masuk ke dalam khemah, mereka tak dibenarkan untuk bermain dengan telefon pun. Jadi janganlah kita berburuk sangka pulak.
“Memandangkan gambar ini mengundang seribu persoalan, izin kan saya jelaskan bahawa Gambar ini diambil SEBELUM petugas masuk khemah saringan. Sebarang handset tidak dibenarkan digunakan di dalam khemah saringan.
“Perlu kita ingat juga tujuan PPE ini dipakai adalah untuk melindungi petugas dari dijangkiti covid19. Bukan sebaliknya iye. Tambahan petugas bertugas untuk menyaring (ambil riwayat, lakukan pemeriksaan fizikal ringkas, dan ambil sampel dari tekak dan hidung), bukan untuk melakukan rawatan.
“PUI yg datang untuk disaring adalah walk-in. Bukan pesakit tenat.”
Admin salute sungguhlah dengan doktor dan petugas perubatan yang terlibat dalam mencegah penularan wabak COVID-19 ni. Semoga mereka terus diberikan ketabahan dalam melakukan tugas dan kita sebagai netizen teruskan bagi support okay!