in

“Kami amat kesal” – Jalur Gemilang Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia, Ini Penjelasan Victor Malaysia

syaz ft 2024 12 12T103247.573

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu insiden kecoh berlaku di kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 apabila pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia memakai jersi yang mempunyai Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.

Meskipun Lee Zii Jia memenangi perlawanan pertama menentang Chou Tien-chen dari Taiwan namun insiden itu lebih menarik perhatian selain mendatangkan kecaman terhadap pemain nombor 8 dunia itu.


Artikel berkaitan: “Saya dah cuba yang terbaik” –  Tewas Di Terbuka Jepun, Ini Penjelasan Lee Zii Jia

Artikel berkaitan: Lee Zii Jia Tampil Dalam Pertunjukkan Fesyen, Siap Tayang Pingat Olimpik

Tidak mengambil masa yang lama, syarikat peralatan sukan badminton Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf rasmi menerusi laman X mereka.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang tertera pada baju jersi ketika Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, hari ini.

Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam kami terhadap Malaysia, simbol kebangsaannya, atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di persada antarabangsa.

Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan oleh kesilapan ini.

Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus hati dan menghargai pertimbangan anda,” tulisnya.

Lee Zii Jia dilihat menukar jersi yang rosak itu ketika set kedua perlawanan dan setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripadanya berkenaan isu itu.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.