Ruang komen Instagram pelakon wanita, Uqasha Senrose sejak malam tadi telah dipenuhi komen yang memujuk pelakon tersebut untuk kembali berbaik semula dengan suaminya, Kamal Adli.
Hasil pemerhatian Lobak Merah mendapati, rata-rata netizen menyampaikan pesanan Kamal yang menyatakan dia masih menyayangi isterinya itu, yang mana perkara itu disebut pelakon lelaki berkenaan ketika ditemubual media di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.
Qasha you sayang beruntung sebab ada Kamal yang sangat sayang dan ikhlas cintakan you. Nampak sangat keikhlasan dari muka dia tau.
“Abang Kamal sayang akak, akak janganlah merajuk lama-lama. Akak baik-baiklah ya.
“Uqasha, Kamal Adli kirim salam. Dia sayang awak. Awak dah boleh unblock dia okay?” tulis segelintir netizen.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Saya ada bagi telekung” – Kamal Adli Dakwa Ada Usaha Pujuk Uqasha Senrose Sebelum Diberi Surat Amaran
Artikel berkaitan: Hakim Beri Amaran, Kes Cerai Dengan Kamal Adli Tangguh Lepas Peguam Uqasha Tarik Diri
Ramai juga dilihat mendoakan agar hubungan pasangan ini berkekalan dan tidak berakhir dengan perceraian.
Terdahulu, Kamal juga telah meminta netizen untuk tidak meninggalkan komen negatif terhadap isterinya dan menyebarkan perkara positif mengenai pelakon wanita itu di media sosial.
Saya mohon kepada semua netizen, jangan tulis apa-apa yang tidak elok kepada isteri saya. Tolong jangan kecam dia.
“Dia penat bekerja, dia tertekan dan saya faham perkara itu.
“Kalau nak kutuk, kutuk saya sahaja. Jangan beri tekanan kepada dia sebab apa yang berlaku pada kami terlalu berat untuk dikendalikan,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal juga memohon maaf kepada isteri dan mentuanya atas segala kesilapan yang berlaku dalam perhubungan mereka.
Sumber: Gempak, Threads, Sinar Harian
