in

“Kalaulah budak2 ni tengok content tu” – Alif Satar Bersuara Isu Jenayah Pelajar, Mahu ‘Up’ Semula Vlog Pelajar Banduan

jenayah pelajar alif satar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita jenayah seksual melibatkan beberapa orang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Berita itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, lebih-lebih lagi kes terbabit dilaporkan berlaku dalam kawasan sekolah.


Alif Satar ulas isu jenayah pelajar

Dalam pada itu, selebriti Alif Satar juga bersuara mengenai isu yang berlegar ketika ini. Menerusi satu perkongsian di Threads, Alif berkata dia pernah memuat naik sebuah vlog bersemuka dengan banduan yang dahulunya pernah bergelar pelajar, namun video terbabit telah pun diturunkan demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Aku pernah buat satu vlog di YouTube, content aku dalam penjara (berbuka puasa dengan banduan akhir). Aku archive video tu sekarang untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa terlibat dan pesalah pun dah jatuh hukum.”

Artikel berkaitan: “Bukan salah laku, ini jenayah” – Mimi Lana Tempelak Menteri Pendidikan Tentang Isu Kes R*gol Pelajar

Artikel berkaitan: “Banyak orang salah faham” – Azalina Respon Isu Hukuman Buat Kes R*gol Pelajar

Melihat isu yang hangat ketika ini, Alif meluahkan dia mahu memuat naik semula video tersebut kerana para pelajar perlu melihat mesej yang disampaikan dalam vlog terbabit.

“Akibat jenayah buli, dan menyebabkan kematian mangsa, 8 orang ni di penjara dan hilang masa depan.”

Kongsinya lagi, berada di penjara Sungai Buloh merupakan pengalaman yang menyeramkan walaupun hanya beberapa jam sahaja di situ.

” ‘Kami macam abang jugak dulu, mana pernah fikir pasal penjara’, luahan salah seorang dekat aku. Seorang lagi, ‘dekat dalam ni, kalau dapat kipas tangan pun saya dah cukup bersyukur dah’, sambil menangis dia cakap ni kat aku,” ujar Alif.

Luah Alif lagi, banyak lagi perkara yang mahu dikongsikan dalam vlog terbabit namun pihak penjara memintanya untuk menapis beberapa perkara yang tidak perlu dipaparkan kepada awam.

Screenshot 2025 10 13 173429

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.