in

“Kalau ustaz taknak doakan mangsa di sana, cukuplah dengan menjaga sensitiviti…”

Puamindihentam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana alam yang melanda di Sulawesi, Indonesia pada 28 September 2018 (Jumaat) lepas, ternyata telah menimbulkan kesedaran kita semua sehinggakan timbulnya satu isu yang kurang menyenangkan apabila pendakwah terkenal cuba mempertikaikan reputasi negara tersebut dari segi moral.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang memberikan dakwah melalui media sosial, PU Amin menyifatkan bahawa malapetaka yang terjadi di negara tersebut berpunca daripada gejala maksiat yang meluas dan beranggapan bahawa itu adalah laknat agar manusia sentiasa beringat.


Disebabkan kenyataan itu, PU Amin menerima pelbagai kecaman sehinggakan  mendapat perhatian para ulama lain. Terbaru, salah seorang kenalan terdekat mangsa membuat teguran secara terbuka melalui Twitter menegaskan agar jaga sensitiviti jika enggan mendoakan mangsa tsunami itu.

“Kalau ustaz tak nak doakan mangsa di sana, cukup lah dengan menjaga sensitiviti “

Tsunamipalu
Sumber : twitter

“Salam . Dari mangsa Tsunami di Palu, kawan kakak saya. Kalau ustaz taknak doakan mangsa di sana, cukup lah dengan menjaga sensitiviti.

“Mungkin ustaz boleh ke Acheh dan melawat sendiri kawasan yang terkesan dengan Tsunami 14 tahun yang lalu. Masih ada lagi. Saya ke sana 2 tahun lepas dan masih boleh merasakan betapa besarnya impak Tsunami di sana.

“Setiap kali Indonesia kena bencana macam ni, benda pertama saya fikir adalah ahli kelaurga saya. Saya ada ramai ahli kelaurga diseluruh Indonesia.”

Tsunamiacheh4

Tsunamiacheh3

This was in 2016. Acheh. Bot dan kapal yang tersadai di tengah bandar. Bekas rumah yang musnah. Sengaja ditinggalkan untuk mengenang bencana ini. Nama nama mangsa memenuhi segenap ruangan yang sangat besar.

Personally speaking, everytime Indonesia kena bencana macam ni, benda pertama I fikir is my family. I have families all over Indonesia. Risau. Last time Gunung Merapi in Yogya was active, macam macam cerita I dengar from them.”

Sebagai individu yang mempunyai ramai ahli keluarga di Indonesia, Dira cukup cemas jika negara tersebut berlaku sebarang bencana.

 

Cara Untuk Salurkan Bantuan

Sulawesitsunami Sulawesitsunami2 Sulawesitsuneami3

Menurut Dira, jika ada sesiapa yang nak beri sumbangan bolehlah berbuat demikian kepada salah satu organisasi perubatan Malaysia ini.

Baca: Co-Worker Lain Selamatkan Diri, Pemuda Ini Gadai Nyawa Selamatkan Ratusan Orang Daripada Tsunami

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.