in

“Kalau Tuhan tarik nikmat tu sekelip mata je” – Netizen Tegur Iqbal Riak, Sepahkan & Pijak Duit Atas Lantai

iqbal lempar dan pijak duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, baru-baru ini, Iqbal Zulkefli yang pernah terpalit kontroversi bercinta dengan Dato’ Seri Vida telah mengeluarkan single pertamanya bertajuk ‘Hujan’.

Meskipun baru saja memuat naik video tersebut di Youtube, muzik video bagi lagu Hujan ini nampaknya sudah trending nombor satu di Youtube Malaysia. Fuh bukan main ye! 


 

Iqbal lempar duit RM70,000 atas lantai?

Namun menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook pemuda berusia 27 tahun ini sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan telah melempar sejumlah wang kertas bernilai RM70,000 ke atas lantai.

Wang kertas itu dilihat telah ditaburkan dengan sengaja di atas lantai dan dipijak-pijak oleh Iqbal sendiri seperti ia sekeping kertas yang tidak berharga.

https://www.facebook.com/GayaTudung/videos/313191990253108/

 

 

“Sedih saya tengok perangai dia ni” 

Video yang kemudiannya viral itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mengecam tindakan Iqbal yang dikatakan tidak bersyukur dan sangat riak.

tabur wang iqbal

Harap Iqbal tak mengulangilah perbuatannya ini sebab tak elok pijak-pijak rezeki yang diberikan Tuhan. 

Baca: Dipuji Netizen Memiliki Suara Unik, MV Lagu Iqbal Zulkefli Katanya Ada ‘Mesej’ Tersirat?

hujan iqbal

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.