Peguam syarie yang mewakili pelakon Uqasha Senrose, Nurfarhana Abd Manaf memaklumkan prosiding perceraian terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan berikutan ketiadaan pihak defendan (Kamal Adli) di mahkamah.
Menurut Farhana, prosiding akan datang iaitu pada 28 Oktober bertujuan untuk mengesahkan sama ada pihak defendan bersetuju atau tidak dengan tuntutan anak guamnya.
Dakwa tiada persefahaman
Sementara itu, Nurfarhana berkata tiada persefahaman menjadi punca anak guamnya nekad untuk memfailkan perceraian.
“Tujuan perceraian adalah alasan biasa iaitu tiada persefahaman. Plaintif memfailkan perceraian di bawah Seksyen 47, jadi memang alasan tiada persefahaman.
“Oleh sebab anak guam merasakan tidak boleh diteruskan, jadi keputusan bercerai terpaksa diambil walaupun bukan mudah.
“Kalau ikutkan memang ada usaha supaya tak terjadinya tuntutan perceraian ini. Kita serahkan kepada jodoh. Kalau ada, adalah… kalau tiada, inilah pengakhiran Uqasha,” jawabnya.
Artikel berkaitan: Uqasha Senrose Didakwa Sudah Fail Cerai Pada 1 Oktober Lepas?
Artikel berkaitan: “Tetap setia walaupun terluka” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya
Jelas Nurfarhana, beliau dimaklumkan Kamal Adli dikatakan tidak melakukan sebarang usaha memujuk demi menyelamatkan rumah tangga selepas Uqasha memfailkan cerai pada 1 Oktober lalu.
View this post on Instagram
Sementara itu, Uqasha berharap agar suaminya tampil memberikan kerjasama untuk memudahkan proses mahkamah.
“Saya cuma harap dia (Kamal) beri kerjasama.
“Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya,” katanya.
Difahamkan, Kamal Adli tidak hadir untuk prosiding hari ini disebabkan sibuk dengan penggambaran dan hanya diwakili peguam.
Sumber: Facebook, Utusan Malaysia