in

“Kalau tak nak anak pancut luar!” – Patah Rusuk Kiri Kanan Dan Kemaluan Cedera, Bayi 47 Hari Kena Dera Dengan Ibu Bapa Sendiri

bapa saitannnn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana ibu bapa yang normal dan menyayangi bayi mereka pastinya akan menatang anak tersebut bagai minyak yang penuh. Tubuh bayi yang fragile kerana baru lahir membuatkan parents lebih berhati-hati apabila menjaganya.

Pun begitu, admin masih tak faham kenapa wujud manusia yang berhati syaitan sanggup mendera bayi baru lahir sehingga meninggal dunia! Menurut Astro AWANI, seorang bayi berusia 47 hari maut lepas didera dengan teruk sekali oleh ibu bapa sendiri. 


 

Bayi perempuan patah rusuk kiri dan kanan, cedera bahagian kemaluan 

Lebih menyedihkan bayi tersebut didakwa alami kecederaan di seluruh tubuh badan termasuklah di bahagian kemaluannya. 

Laporan bedah siasat memaklumkan bahawa bayi tersebut alami patah rusuk kiri, lengan kanan dan peha kiri. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, seluruh bahagian luaran tubuh mangsa jugak ada kesan lebam dan melecet. Allahu! 

52396363 698491067215235 8601658229220442112 n
Sumber: Facebook

“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.

“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.

Yang tak masuk akalnya, ada juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi itu meninggal akibat pendarahan di kepala.

52591440 698491113881897 6149873962160488448 n
Sumber: Facebook

 

Ibu bapa mangsa bebas pengaruh dadah 

Selalunya kalau perkara macam ni berlaku, ramai yang akan kaitkannya dengan penyalahgunaan dadah. Namun pihak polis mengesahkan bahawa ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa tersebut mendapati mereka bebas dadah. Aikk??

Kedua-dua ibu bapa mangsa yang berusia 22 tahun ini telah direman 7 hari bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk dapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya ketika jam 10.45 pagi, Khamis lalu.

52188129 698491087215233 8934654705900978176 n
Sumber: Facebook
52340152 698491103881898 471810695860584448 n
Sumber: Facebook

 

“Betul-betul syaitan mak bapak baby ni. Allahu menangis hati saya baca” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini berasa sangat sedih dan tak menyangka bagaimana seorang ibu dan bapa sanggup melakukan perkara terkutuk ini kepada anak kecil.

baby
Sumber: Facebook

Admin tak tahu dah nak cakap apa. Rasa-rasa macam parents ni ada penyakit mental sebab tergamak buat macam tu. 

Baca: Kebahagiaan ‘Happy Family’ Ini Berakhir Apabila Dua Beradik Ini Bunuh Ibu Bapa Mereka Sendiri Sebab…

dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.