Hurm, apalah nasib makcik ni, niat tolong tapi makan diri balik.
Viral video seorang wanita mengamuk apabila penagih hutang nak tuntut balik dekat dia. Marah dia bila diminta tu sampai pergi lempar barang dekat si pemiutang tu sebab nak halau.
Jiran-jiran yang menyaksikan kejadian itu terus datang untuk bantu meleraikan kekecohan yang berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia ini.
Aku tahu lah, aku tengah tak ada duit lagi, pergi!” – Penghutang
https://www.youtube.com/watch?v=jPkSLYPoqJ4
Video viral melalui Instagram yang dikongsikan semula di Tribunnews itu mula tular pada Khamis (28/11/2019).
Dalam video tersebut, awalnya seorang perakam nak menagih hutang dekat makcik bertudung ungu tu, lepas tu penghutang tu beritahu yang dia belum ada duit.
Kemudian dia nak naik angin sampai nak halau pemiutang pakai penyapu dan hayunkan ke arah si penagih hutang tu.
Bengang bila lihat diri dirakam oleh pemiutang, mereka arah untuk hentikan rakaman tapi diendahkan.
Menurut sumber lagi, jumlah hutang mereka tu RM 77, saat pemiutang kerap menuntut wang dia tu, si makcik tudung ungu tu makin bengang dan cuba nak lemparkan penyapu tu kearah tukang bagi hutang tu.
Tak lama lepas tu, si penghutang tu makin bengang sampai nak lempar batu besar dekat si pemiutang tu sampai melemparkan kata-kata kesat kepadanya.
Dalam pada itu ada wanita yang memakai tudung merah cuba meleraikannya dan menghalang daripada melakukan perbuatan tersebut dan minta si pemberi hutang tu untuk pulang supaya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.
Kalau diperhatikan kejadiannya ini berlaku di bahagian Jawa sebab bahasa yang mereka gunakan tu.
Memandangkan ia viral, ramai netizen yang melemparkan kata-kata pedih terhadap si penghutang tu.
“Kalau tak nak orang datang minta, jangan berhutang”
“Kau berhutang masa minta elok je seyum, bila nak minta nak mengamuk macam tu pula, makcik ni waras tak? Si tukang bagi hutang tu buat tugas dia, hutang mestilah kena dibayar. pelik aku orang macam ni”
“Kalau tak mampu nak bayar balik jangan hutang”
Kesian, kalau diminta nak melenting, kalau diam je, buat-buat lupa. Eh!