Waktu internship merupakan satu langkah untuk siswa mahupun siswazah ke alam industri pekerjaan, di sinilah mereka mula mampraktikkan apa yang sudah dipelajari di dalam kelas untuk amalkannya secara praktikal.
Bagaimanapun, mereka masih lagi dalam fasa pembelajaran dan pastinya akan ada kekurangan dalam melakukan tugasan kerja. Namun begitu, ada segelintir syarikat didakwa bertindak di luar jangkaan.
Artikel berkaitan : Reda Dipecat Sebab Berhijab, Bekas’Kaki Clubbing’ Kongsi Detik Insaf Penghijrahan Bersama Suami
Artikel berkaitan : Warga Malaysia Didakwa Dipecat & Ditahan Gara-gara Komen ‘Sisi Gelap’ Arab Saudi
Menerusi plaftform media sosial X, terdapat dakwaan daripada individu yang dikenali @faridaffy ini yang menyatakan bahawa intern di sebuah syarikat ini telah dipecat kerana alasan yang tidak masuk akal.
Dalam perbualan WhatsApp yang tular, dilihat seperti majikan tersebut memarahi intern dan meluahkan rasa kecewa terhadap pelajar intern ini serta terus meminta ada surat diberhentikan kerja dibuat.
Namun daripada surat diberhentikan kerja, individu ini mendakwa tiba-tiba ia menjadi surat pelepasan awal.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpihak kepada pelajar-pelajar tersebut selain bersimpati kerana membayangkan susah payah mereka untuk mencari peluang intership di tempat lain.
Bagaimanapun, ada di kalangan netizen meminta isu ini didengar daripada kedua-dua belah pihak supaya tidak berlakunya salah faham dan kemungkinan besar ada juga salah daripada pihak pelajar-pelajar intern terbabit.
Menurut sumber yang menyatakan kepada Team LOBAK MERAH, pelajar-pelajar yang dibuang itu merupakan pelajar daripada IPTA yang cukup terkenal.
Sumber : X