in

“Kalau sesat senang nak cam”- Pakai Telekung Ada Bunga Matahari Atas Kepala, Gelagat Jemaah Di Tanah Suci Ini Tarik Perhatian

Telekung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan jemaah wanita di Tanah Suci Mekah telah menjadi perhatian ramai apabila kesemua mereka dilihat memakai telekung yang sama dengan bunga matahari di atas kepala mereka.

Gambar tersebut telah menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan di platform Instagram oleh akaun Motaz_azaiza dan dikongsikan semula di X oleh warganet lain.


Artikel berkaitan: “Masya-Allah” – Peniaga Turkiye Ini Puji, Lebih Hormati Jemaah Haji Malaysia Sebab…

Artikel Berkaitan: “Diorang ‘tinggalkan’ dalam kapal” – Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Bawa Jemaah Ke Tanah Suci

Difahamkan, jemaah-jemaah wanita yang memakai telekung dengan warna yang sama dan bunga matahari di atas kepala mereka itu merupakan jemaah dari negara Indonesia.

Meninjau ke ruangan komen, difahamkan, jemaah-jemaah Indonesia sering kali memakai seperti itu ketika beribadat di Tanah Suci agar mudah untuk mereka mencari ahli kumpulan  mereka jika ada di antara mereka yang terpisah dari kumpulan mereka dan tidak sesat ketika berada di tempat yang ramai orang.

15

Ini kerana difahamkan, rata-rata jemaah dari Indonesia merupakan warga emas, jadi perkara tersebut perlu dilakukan agar tiada jemaah yang hilang atau sesat sehingga sukar ditemui semula.

Sumber: Instagram, X 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.