in

“Kalau saya bayar reputasi saya hilang nilai” – DSV Tak Menyesal Pertahankan Prinsip

ft DSV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menegaskan bahawa dia tidak menyesal mempertahan prinsipnya untuk membuat bayaran biarpun pelbagai barangan berharga seperti kereta mewahnya dilelong pada Khamis lepas.

Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman, 54 menyatakan bahawa hatinya masih sakit dan tidak akan membayar ganti rugi biarpun dirinya mampu.


Artikel berkaitan : “Lanvida” – DSV Belanja Roslan Shah Handphone Harga RM 7,799, Netizen Usik Awal Sangat Beli Hantaran

Artikel berkaitan : “Kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap” – DSV

“Saya memang tak nak bayar. Walaupun mampu, tapi hati saya sakit. Bayar bank RM100,000 sebulan tunggu projek siap, tapi tiga tahun tak siap-siap.

“Kalau saya bayar, reputasi saya hilang nilai. Tapi kalau saya lawan, orang tetap mengata. Saya tetap kuat sebab saya percaya kita kena pandang ke depan.”

Sebelum ini, kesemua barangan peribadi milik Vida termasuk 3 kenderaan mewahnya telah berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan RM1 jutasemalam.

Proses lelongan yang diadakan di kediaman beliau di Meru Heights itu bermula sekitar 10.30 pagi dan berakhir kira-kira 1.40 petang yang melibatkan orang pembida yang juga usahawan.

dsv

Namun begitu, cuma seorang sahaja daripada mereka iaitu Norzamri Abdullah berjaya memperoleh keseluruhan barangan yang disenaraikan selepas seorang lagi pembida telah menarik diri.

Antara aset yang dilelong ialah sebuah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 selain 727 barangan dalam rumah seperti set sofa, meja makan, televisyen, penghawa dingin, teleskop, gitar elektrik, piano, set karaoke, meja pool, hiasan dinding dan pasu.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.