in

“Kalau penat boleh baring” – Orang Ramai Terhibur Tengok Lelaki Ini Jemput Dari Airpot Naik Van Jenazah

Van Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang ada kawan-kawan rapat tu, mesti selalu gurau kasar kan. Kadang-kadang tu kita tengok gurauan tu macam tak tercapai dek akal, tapi itu lah yang mengeratkan lagi hubungan mereka.


Ada satu video yang mendapat perhatian ramai di media sosial berkenaan kenakan kawan ni. Dalam video itu, kelihatan sekumpulan lelaki ingin menjemput sahabat mereka di lapangan terbang. Yang menariknya, kenderaan yang mereka guna adalah van jenazah. Korang boleh tengok video @ramj__ di bawah.

@ramj__

Ambik kawan dengan Van Jenazah 😂 #fyp #fypシ゚viral #airport #kotabharu @JokerBoy @Alang Paduka @mydas

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Artikel berkaitan: Orang Ramai Sebak Tengok Deretan Van Jenazah Dipercayai Bawa Korban Covid-19 Ke Tanah Perkuburan

Artikel berkaitan: “Akak sayang van tu banyak tolong orang” – MPV Jenazah Milik Noorkhiriah Rentung

Kalau penat boleh baring

Aduhhh keras perut min gelak tengok video ni. Kadang-kadang tu kawan kita ni ada je idea untuk kenakan kita. Nasib baik ada kawan yang sporting boleh layan perangai gila kawan-kawan.

Screenshot 2024 06 16 At 2.33.48 PmBukan setakat tak pernah jenazah bawa beg masuk kubur, jenazah masuk van sendiri pun tak pernah dibuat orang weh. 

Screenshot 2024 06 16 At 2.33.24 PmBagus betul member bawak kenderaan untuk jemput siap boleh baring. Biasalah lah travel ni penat kan. Dah ada tempat baring tu boleh je teruskan. 

Screenshot 2024 06 16 At 2.34.01 PmIni gurau kasar betul. Kesian keluarga nanti salah sangka pulak. Harap tak jadi idea baru lah untuk kawan-kawan korang ye. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.