Viral di media sosial apabila tindakan seorang anggota polis menggunakan kekerasan terdapat seorang individu di tepi jalan.
Dalam video berdurasi 11 saat itu dilihat rakan sekerjanya cuba mempertahankan tindakan anggota polis tersebut sampai terjatuh.
Kalau orang tu langgar undang-undang gari je lah – Netizen
Ramai yang bengang melihat tindakan anggota polis tersebut, mereka kaitkan isu ini dengan kes yang terjadi di luar negara dimana seorang anggota polis menggunakan kekerasan terhadap seorang individu yang bernama George Floyd.
Jadi, netizen menyamakan tindakan anggota polis itu sama seperti mereka kerana menggunakan kekerasan fizikal.
— Cringe Malaysian?? (@cringemalaysian) June 2, 2020
Ada yang berpendapat bahawa kekerasan itu tak perlu dilakukan seandainya individu tersebut melakukan kesalahan.
Biarpun kurang pasti waktu dan lokasi kejadian ini, Forum Cari ada kongsikan bahawa dikatakan ada kaitan dengan kes jenayah dan lelaki yang dipukul itu dikhabarkan seorang peragut.
Tapi, ramai juga yang geli hati tengok member dia lagi sorang tu sampai terjatuh, hmm mungkin dia nak bergegas untuk tolong sampai lupa nak tongkat motor kot.