Malang bagi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun apabila dia maut ditetak bapanya sendiri ketika sedang tidur di rumah keluarga dekat Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.30 petang semalam (13 Ogos).
Menurut Sinar Harian, mangsa cedera ditetak sebanyak 3 kali pada bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan serta disahkan meninggal di tempat kejadian. Bapa mangsa yang bertugas sebagai Rela dan berusia 35 tahun itu juga berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya berkata, pihak polis pada awalnya terima panggilan yang dakwa terdapat seorang kanak-kanak jatuh dari tingkat 4 pangsapuri kos rendah dalam keadaan berlumuran darah.
Bila tiba di lokasi, didapati mangsa bukannya jatuh tapi mati ditetak parang oleh bapa kandung. Allahu kenapa sampai macam ni…
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” kata polis. Aduhh king apa pulak ni?
Lebih menyedihkan, si bapa pulak katanya peminum ketum tegar dan ada rekod lampau bersabit kes dadah. Ujian air kencing jugak mendapati suspek positif dadah jenis Syabu. Suspek kemudian ditahan kat tempat kejadian dan parang dipercayai digunakan dalam kejadian juga ditemui dalam rumah.
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semoga keluarga mangsa terutama si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah.
Baca: Bayi 3 Bulan di Seri Iskandar Patah Tangan Didera Pengasuh