Korang pernah terfikir tak berapa simpanan yang korang perlu ada bila dah bersara nanti? Yelah, bila dah kerja lama ni, kalau boleh masa bersara mestilah nak relax relax je kan?
Menurut Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein, individu yang bakal bersara dalam masa 20 ke 30 tahun akan datang perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM900,000 ke RM1 juta, lapor The Star.
Walaupun jumlahnya nampak besar, tapi selepas mengambil kira kadar inflasi dan bil perubatan, jumlah ini adalah paling sedikit yang perlu ada. Whattttt
Manakala bagi individu yang bakal bersara dalam masa beberapa tahun lagi perlu mempunyai simpanan sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan “bermaruah” di Kuala Lumpur.
Kalau dilihat simpanan sebanyak RM600,000, hanya kira-kira 4% rakyat Malaysia yang mampu bersara. Tapi kalau luar Lembah Klang, kurang sedikit.”
Nurhisham menjelaskan RM600,000 ini hanya boleh menanggung bil perubatan pesakit luar atau pergi ke klinik biasa dan tak memerlukan apa-apa keperluan kesihatan yang besar.
Berdasarkan pengiraan KWSP, Alor Setar merupakan tempat paling murah untuk bersara dengan selesa.
Namun begitu, di Alor Setar, seseorang individu memerlukan RM480,000 untuk bersara di sana iaitu dua kali ganda dari asas simpanan persaraan iaitu sebanyak RM240,000.
Tambahnya lagi, sebanyak 56% pencarum yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan KWSP kurang dari RM50,000.
Dengan RM50,000, seseorang individu hanya boleh bertahan selama lebih empat tahun itu pun kalau hanya berbelanja sebanyak RM1,000 sebulan.
ini, seramai 52% pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 di dalam akaun manakala seramai 27% mempunyai kurang dari RM1,000.
Ini jumlah yang sangat membimbangkan dan jelas bahawa pengeluaran telah memberikan impak kepada persaraan.”
Ekoran ini, Nurhisham mengatakan beberapa sumber simpanan lain dan pelaburan kini diperlukan selain dari simpanan KWSP.
Baca: Korang Sekarang Dah Boleh Dapatkan Insurans Guna KWSP Melalui Program i-Lindung!