Ketika pencabarnya hampir memenangi Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump tidak henti-henti mengulangi dakwaan bahawa kemenangannya dirampas.
Joe Biden, 77, dari Parti Demokrat dilaporkan hanya memerlukan kemenangan di satu atau dua negeri sahaja lagi bagi memiliki majoriti untuk ke Rumah Putih. Sebaliknya, Trump pula memerlukan kemenangan di beberapa negeri untuk terus kekal berkuasa di negara itu.
Namun, Trump dikatakan telah menggesa agar kertas undi yang lewat iaitu selepas 3 November tidak dikira, meskipun peraturan beberapa negeri membenarkan pengiraan tersebut dibuat kemudian.
Jika anda mengira undi yang sah, saya akan menang dengan mudah. Sekiranya anda mengira undi tidak sah, mereka boleh mencuri pilihan raya ini dari kita.”
Beliau turut mempersoalkan integriti undi pos berbanding individu yang hadir mengundi di pusat pengundian pada 3 November. Sedangkan perubahan kaedah pengundian itu adalah disebabkan risiko jangkitan Covid-19.
Seperti yang ramai tahu, Trump menafikan keseriusan virus tersebut jadi tidak hairanlah ramai penyokongnya tampil mengundi di pusat pengundian berbanding penyokong Joe Biden yang hanya membuat undi pos.
Sementara itu, penyokong kedua-dua calon Presiden AS tersebut mula membanjiri jalan raya untuk mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan disebabkan persaingan sengit dalam pemilihan.
Ribuan penyokong Joe Biden dilaporkan berarak di New York pada malam Rabu (waktu AS) bagi menuntut agar setiap undian dalam pemilihan itu dikira.
Penyokong Trump daripada parti Repulikan itu pula dikatakan keluar ke jalanan di Detroit dan menggesa agar kiraan kertas undi dihentikan di semua pusat pengiraan undi.
Baca: Presiden AS, Donald Trump Anggap Diri Kebal Selepas Disahkan Bebas Covid-19