in

“Kalau ini yang terbaik”- Kes Tak Surut-Surut, KKM Cadang PKP Penuh Di Selangor

Cats 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tengok jumlah kes harian, makin hari makin banyak terutamanya dekat Selangor yang mendapat kes harian tertinggi setiap hari. Bayangkan setiap hari lebih 2 ribu kes di Selangor, kalau seminggu? Korang pandai pandai la kira sendiri eh.

Melihat kepada peningkatan kes yang serius ini, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba mencadangkan untuk buat PKP penuh di Selangor sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah kes yang makin hari makin merisaukan.


81620681018 Datukseridradham

Tambahnya lagi, SOP yang lebih ketat perlu dilaksanakan untuk mengehadkan pergerakan rakyat dan mengekang penularan wabak ini dengan lebih teruk.

“Saya setuju untuk prosedur operasi standard (SOP) dilakukan dengan lebih ketat di negeri Selangor dan PKP penuh perlu segera dilaksanakan sekiranya jangkitan Covid-19 makin meningkat dan tidak dapat dikawal.”

Menurut Astro Awani, beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika menjawab persoalan tentang langkah KKM bila tengok kes harian di Selangor.

 

DG Hisham pun macam bagi ‘hint’

Terbaru, DG Hisham juga ada memuat naik satu tweet di Twitter miliknya yang menunjukkan gambar bandar Taipei di China yang lengang tiada orang ketika mereka melaksanakan ‘total lockdown’ untuk menangani wabak Covid-19. Dah nampak la ‘hint’ DG Hisham nak cadang Malaysia buat benda sama juga.

“Sunyi sepi jalanraya di Taipei apabila warga Taipei menjalankan ‘lockdown’ kendiri.”

Ramai juga sebenarnya yang nak buat PKP macam awal Mac tahun lepas. Biar kita sengsara kejap tak boleh keluar mana-mana asalkan kes dapat turun semula. 

 

Sumber: Astro Awani, DG Hisham

Baca:[TERKINI] MKN Seragamkan SOP, Ini Senarai Penuh SOP PKP 3.0

Capture 47

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.