in

“Kalau infected influenza tak payah call lawyer atau tempah pulut kuning utk majlis tahlil”- Doktor Ini Kata Jangan Panik

Featured 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini seluruh negara boleh dikatakan dalam keadaan panik dan berjaga-jaga akan penularan influenza yang dilihat semakin serius.

Malah dilaporkan sehingga ada kes kematian dicatatkan berikutan penularan virus ini.


Malah ada sesetengah sekolah juga ditutup ekoran jangkitan dalam kalangan pelajarnya.

Ramai mula mendapatkan vaksin sehingga stok vaksin tak mencukupi bagi keperluan anak kecil khususnya.

Influenza, masyarakat jangan panik!

Namun posting seorang doktor di facebook sebentar tadi meminta supaya masyarakat tak panik dengan penularan virus influenza ni, jom baca perkongsian Dr Hafez Iftiqar Termizi.

p/s : artikel ini agak panjang sebab banyak yang perlu dijelaskan, harap pembaca sabar dan fokus baca satu-satu

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157772613268965&set=a.10151903649263965&type=3&theater

Rata-rata warganet sebenarnya pelik dengan kenyataan doktor ini, sedangkan ramai tengah gabra sebab stok vaksin tak cukup, sekolah pulak tutup, ramai dijangkiti…betul jugak tu

Tapi doktor ni jelaskan satu-satu alasan beliau.

INFLUENZA, KENAPA TAK PATUT PANIK?

Wabak (outbreak dalam Bahasa Inggeris) ialah situasi apabila tiba-tiba ramai yang mendapat sesuatu jangkitan dalam suatu masa. Dalam kes influenza, virus influenza itu sentiasa ada cuma sekali sekala menjadi wabak disebabkan banyak faktor. Ia bukan suatu jangkitan baru yang apabila dijangkiti akan terus menjadi kritikal dan berpotensi meninggal.

Bila panik, ramai akan serang unit Kecemasan lepastu…

Top Icu 28 25 077734
Sumber: blog

Sosial media bagus untuk bagi masyarakat tahu dan berhati-hati (creating awareness) tetapi tidak bagus apabila masyarakat menjadi panik (creating panic). Natijah daripada kepanikan ialah kebanjiran orang ke Unit Kecemasan dan menyebabkan sistem kesihatan sesak. Lepas tu kau komen marah menteri kesihatan + ‘snap’ muka hakak nurse tertidur kepenatan bagi viral. Adoi kau ni…

Influenza memang mudah merebak tapi tak adalah sampai mengancam nyawa…

Ubata1 1549749608
Gambar hiasan

Influenza mudah merebak. Kebanyakan kes influenza tidak sampai kepada ancaman kepada nyawa. Simptom biasa ialah letih-letih badan, sakit tekak, batuk, pening kepala dan demam yang boleh jadi tinggi. Kadang-kadang loya dan muntah-muntah. Antiviral (ubat untuk membunuh virus) tidak selalu diperlukan.

Yang diperlukan ialah ubat mengawal demam dan sakit badan/pening kepala seperti Panadol + ibuprofen, ubat loya (jika perlu), rehat yang cukup (kuarantin diri di rumah) dan minum secukupnya (oral rehydration solution membantu kalau demam tinggi). Supplemen seperti Vitamin C juga tidak merawat atau mempercepatkan proses penyembuhan malah kalau ambil berlebihan boleh sebabkan masalah lain.

Untuk pengetahuan, vaksin untuk mencegah yer bukan perawatan

Paling berisiko ialah sesiapa yang sudah berpenyakit seperti asthma/paru-paru, penyakit kronik (seperti jantung dan buah pinggang) sangat bermanfaat jika boleh mengambil vaksin sebab boleh mengurangkan komplikasi. Umur extreme (terlampau kecil atau terlampau tua) juga berisiko mengalami komplikasi jangkitan influenza terutamanya sesak nafas tetapi kebanyakannya tidak sampai ke tahap ini. Vaksin untuk PENCEGAHAN, bukan PERAWATAN. Pandai-pandai je kau suruh orang batuk ambik vaksin bagi cepat baik. Antibiotik lagi lah TAK PERLU, itu virus bukan bakteria.

Jadi sebab itu Dr Hafez kata masyarakat tak perlu panik bila alami simptom, bukan 1 Malaysia perlu divaksin dan bukan semua perlu antiviral.

Sebaliknya, masyarakat boleh jumpa doktor di klinik-klinik dahulu kecuali kalau sesak nafas, tidak sedar diri meracau-racau, dehidrasi yang teruk (sebab loya tak boleh minum) atau seumpamanya.

Tak perlu ugut bunuh doktor atau perawat kalau tak masukkan kau dalam wad malah patut sujud syukur sebab kes tak serius. Jangan jumpa bomoh dahulu, habis semua bomoh kena influenza berjangkit dari kau. Kalau bomoh sembur kau dengan air, mungkin daripada tak ada influenza, kau dapat influenza dari tok bomoh. Tak perlu nak salahkan jin, syaiton, makhluk halus bagai.

Basuh tangan dengan air lebih baik berbanding guna sanitiser gel

Gambar hiasan

‘Hand hygiene’ membantu. Basuh tangan dengan air lebih ‘the best’ dari guna ‘sanitiser gel’. Tak perlulah rasa diri kau ‘useless’ sebab tak dapat beli dettol yang dah habis. Tak perlu juga ‘spray’ febreeze satu rumah atau terkam anak kau yang baru balik sekolah dan spray dia dari hujung rambut ke hujung kaki. Ya, ampun… Kesian ke budak tu. Lebih-lebih tak perlu potong bawang bagai letak keliling rumah untuk serap virus. Tak pasal-pasal harga bawang naik. Panas-panas ni, dah lah bau peluh, kau tambah bau bawang pulak. Mamak nasi kandar pun boleh tabik dengan bau tengik kau.

Dr Hafez berkata apa yang lebih utama ialah mengawal wabak daripada merebak, tapi bagaimana?

  • Kalau sakit, duduk rumah
  • Jangan batuk depan muka orang
  • Kalau nak keluar, better pakai mask walaupun nampak tak macho

Kalau dah kena jangkitan, tak payah contact lawyer dulu untuk tulis wasiat atau tempah pulut kuning untuk majlis tahlil. Jumpa doktor di klinik untuk evaluasi, rehat + minum secukupnya + ambil panadol +/- ibuprofen +/- ubat loya jika perlu. Lain-lain kau serahkan pada badan kau lawan virus.

So, korang faham tak sekarang ni?

Baca : Wabak tiada unsur SARS, MERS, selsema burung- China NAFI Dilanda SARS, Malaysia Berjaga-jaga!

11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.