in

“Kalau betul aku buat, jumpa aku bagi bukti” – Didakwa ‘Mandrem’ Suami Orang, Shakilla Khoriri Buka Mulut

Shakilla Khoriri Mandrem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Shakilla Khoriri baru-baru ini terpalit dengan kontroversi yang mengatakan dia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Lebih mengeruhkan keadaan, dia mendapat kecaman yang teruk dari orang ramai malah ada yang mengatakan dia menggunakan sihir untuk mendapatkan lelaki tersebut.


Namun menerusi laporan Harian Metro,  pelakon drama Bisik-bisik Gelora itu menepis dakwaan berkenaan dan meminta ‘mangsa’ yang dikatakan terkena buatannya itu untuk tampil dan berdepan dengannya.

“Kalau rasa aku ini ‘mandrem’ suami orang, pergilah berubat. Aku tak akan lari. Kalau betul aku buat lelaki ini, dia dah terkena benda-benda kotor yang kononnya aku buat, jumpa aku. Beri bukti.

Jangan senang cakap. Pasal orang perli-perli, aku tahu,” katanya.

Dia turut menjawab isu berkaitan gambar mesranya bersama lelaki yang dimaksudkan itu, menurutnya gambar-gambar itu diambil ketika mereka masih rapat dan lelaki itu telah pun bercerai dengan isterinya.

Namun, hubungan kedua-dua mereka terputus selepas lelaki tersebut rujuk semula dengan bekas isterinya.

“Kami memang pernah rapat ketika dia sudah pun bercerai. Tapi, apabila mereka buat keputusan untuk bersama semula (rujuk), saya dan lelaki itu terus tidak berhubung lagi.

Sehinggalah kami terbabit dengan urusan kerja semula bersama rakan-rakan yang lain. Hubungan itu atas urusan kerja saja,” katanya.

Difahamkan, isteri lelaki berkenaan pernah menawarkan untuk bermadu dengannya namun dia terpaksa menolak kerana dia tidak sanggup untuk berkongsi kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Malah menurutnya, dia tidak pernah meletakkan syarat agar suaminya itu menceraikan isteri pertama jika mahu teruskan perhubungan mereka itu.

“Siapa yang cakap aku ‘mandrem’ suami orang, aku takkan maafkan orang itu sampai aku mati. Kecuali, engkau datang jumpa aku, engkau minta maaf pada mak bapak aku.

Aku memang pun tak pernah sampai nak buat benda-benda salah (sihir) disisi Allah. Engkau ingat aku ini apa, dah tak ada agama sangat ke? Aku ada agama,” katanya lagi.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri itu turut memberitahu dia telah pun meminta peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menghantar emel berhubung dakwaan itu.

Sebagai info, Shakilla merupakan bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali, mereka bernikah pada 2018 dan rumah tangga merka berakhir pada 2021.

Baca: “Jumpa saya terus sebab fitnah ini melampau” –  Shakilla Khoriri Jawab Fitnah Bermesra Dengan Suami Orang

Sk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.