in

“Kalau begini cara sekolah, baik tutup je” – Tam Spider Kecewa Sekolah Tak Buang Pembuli

tam spider kecewa sekolah pembuli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Vokalis kumpulan Spider iaitu Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider meluahkan rasa kecewa dengan pihak sekolah anaknya yang tidak membuang enam pembuli daripada asrama walaupun sudah bersetuju melakukannya ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi yang berusia 51 tahun itu kecewa dengan tindakan pihak sekolah dalam menangani masalah buli di sekolah anaknya.


Jelasnya, pihak sekolah membuat u-turn apabila membenarkan pembuli anaknya itu masuk semula dan tinggal di dalam bilik warden asrama.

Artikel berkaitan: “Sudah terima 5 laporan” – Kes Buli Anak Tam Spider, Polis Buka Kertas Siasatan

“Alasannya mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Alasan ini macam tiada kena mengena. Mereka boleh saja belajar di rumah. Saya nampak ada pihak yang main wayang. Isu ini tiada kesudahan. Kalau begini cara sekolah, baik tutup saja.

“Perkara ini selalu terjadi pada kita. Dah jadi baru nak bertindak. Hari itu mesyuarat, ada keluarga cakap takkanlah nak tunggu sampai anak kami jadi mayat baru nak bertindak?” katanya.

Menurut Tam, walaupun isu tersebut sudah sampai dalam pengetahuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan dilaporkan kepada pihak polis, tetapi pihak sekolah masih tidak menemukan jalan penyelesaian.

2949707

Malah, keluarga pembuli itu sendiri tidak tahu anak mereka mempunyai masalah di sekolah dan terkejut apabila dikeluarkan dari asrama.

“Saya lihat pihak sekolah ada masalah dan cuba sembunyikan perkara sebenar sebelum ini.

“Malah, ada guru menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli jangan memberitahu keluarga mengenai perkara itu.

“Sebaliknya dia sendiri yang akan sampaikan aduan itu kepada pembuli. Jadi, pengadu (mangsa buli) akhirnya menjadi sasaran pembuli untuk balas dendam,” katanya lagi.

Boleh ganti nyawa ke?

Jelas Tam, perkara itu tidak menjadi masalah setakat mereka pecahkan gitar anaknya atau mencuri kasut, namun tidak membabitkan sentuhan atau memukul.

“Tapi kalau dah pukul sampai ada mangsa yang telinga pekak dan lebih teruk lagi trauma, memang tak seronok. Lebih teruk kalau anak-anak kami hilang nyawa, adakah boleh dicari ganti?

“Anak saya dan Khir Rahman memang tak teruk kena sentuh berbanding anak orang lain. Tapi kami mewakili mangsa yang lain kerana mereka kawan anak-anak kami.

“Walaupun saya mulanya keberatan nak ke depan tapi saya tak kisah apabila dipetik nama demi keselamatan anak-anak. Percayalah perkara ini serius,” katanya.

Difahamkan, Tam mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke asrama sehingga perjumpaan kedua ibu  bapa dan pihak sekolah pada 14 Oktober ini.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.