Semalam, penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, malam semalam.
Bersempena gelaran Biduan Negara itu, Siti telah membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, kain songket, watikah dan trofi serta status sebagai Seniman Tamu.
Artikel berkaitan: “Nanti jangan masak nasi 2 minggu” – Reaksi Datuk K Tengok Siti Nurhaliza Pegang Katak Buat Ramai Terhibur
Artikel berkaitan: “Kerusi tu macam dalam gereja” – MV Terbaharu Siti Nurhaliza Cetus Perbualan Ramai
“Kalau ayah saya ada…”
Siti yang terharu dengan pengiktirafan tersebut telah memanjat rasa kesyukuran dengan apa yang diterimanya dan mengakui anugerah tersebut hadir dengan tanggungjawab yang besar untuknya terus menabur bakti dalam bidang yang menjadi kecintaannya sejak tiga dekad lalu.
Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seni, namun lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanah air.
“Amanah dan kepercayaan ini juga adalah satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di Facebook.
Dalam pada itu, menerusi satu sesi temu bual di radio Kool 101 pagi tadi, Siti meluahkan rasa sedihnya terkenangkan arwah bapa yang telah tiada, malah mengimbau kata-kata arwah Tarudin Ismail kepada dirinya suatu masa dahulu.
Tapi ada orang sanjung atau tak sanjung, kita biasa sahaja. Pada ketika itu, saya memang mencuba yang terbaik saja. Kalau lirik (lagu Bunga Melur) itu kita dengar balik, ‘Di hujung sana tempatmu, bunga melur, bukan di taman yang indah.”
“Kita di satu tempat yang kadang-kadang kita tak tahu kita akan terus berada dalam keadaan yang okey ataupun tidak. Tapi oleh kerana kita besertakan dengan kesungguhan, dengan niat yang ikhlas, insyaAllah ada tempatnya.
“Bila mendengar bait-bait lirik tu, kita boleh faham apa yang arwah ayah saya maksudkan. Kalau dia ada mesti dia bangga, kan?” kata Siti dalam nada sebak.
“Kalau ayah saya ada mesti dia bangga” 😢
-Siti Nurhaliza-@kool101my @CTNurhaliza11 pic.twitter.com/tGwCaVbZev
— intannurhalizaaa (@iintannnurr) November 14, 2024
Apa-apapun pihak Lobak Merah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza atas pengiktirafan yang diterima. Semoga terus menjadi inspirasi buat semua.
Sumber: X, Berita Harian