in

“Kalau Alif bagitau, korang akan tahu” – Netizen Syak Banduan Dalam Satu Program Alif Satar OKT Kes Zulfarhan?

Ft Alif Satar Banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video daripada sebuah program yang menampilkan penyanyi Alif Satar dalam satu rancangan yang dipercayai ditayangkan pada tahun 2019 tular di TikTok.

Video tersebut memperlihatkan penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama banduan.


Artikel berkaitan : “Alif Satar ajak ride!” – Suami & Isteri Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Genting Highlands

Artikel berkaitan : Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Dalam video yang dibahagikan kepada beberapa bahagian itu, Alif Satar diberikan tawaran untuk berbuka puasa bersama banduan dan Alif Satar menjelaskan dia memilih banduan muda.

Setelah diberi peluang, Alif duduk bersama beberapa orang banduan ini, bagaimanapun Alif tidak mendedahkan kes jenayah yang dilakukan oleh banduan tersebut kerana menurutnya, kes jenayah mereka lakukan itu agak popular.

“Kalau Alif bagitahu kat korang nama kes tu, korang akan tahu, immediately!”

@nantilahfikir

Siapalah kita untuk menghukum.

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾

Dalam program tersebut, Alif Satar menceritakan pengalamannya memasuki penjara dan  menurutnya ia mempunyai satu aura yang kurang enak. Dalam video selanjutnya, Alif Satar menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak dibenarkan untuk bertanya soalan mengenai kes sekumpulan banduan muda tersebut untuk elak emosi mereka terganggu.

@nantilahfikir

Program ini pada tahun 2019,setelah mereka berada ‘didalam’ selama 2 tahun, Siapalah kita untuk menghukum.

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾

Jelas Alif Satar lagi, segala perasaan risau dan gementarnya hilang apabila duduk bersama sekumpulan pemuda tersebut kerana dakwa Alif, mereka sangat baik dan mesra dengannya.

Alif juga sempat menemubual mereka tentang pengalaman tinggal di penjara tersebut. Dalam perkongsian tersebut, Alif Satar menjadi sebak apabila mendegar kata-kata dan hajat kecil daripada salah seorang banduan itu.

@nantilahfikir

Siapalah kita untuk menghukum.

♬ original sound – MKM14 – MKM14

Malah, Alif Satar turut menitiskan air mata apabila dia selesai meluangkan masa bersama mereka dan melihat keinsafan mereka. Menurut Alif, ia juga sekaligus memberikan pengajaran buatnya untuk sentiasa bersyukur dalam hidup.

@nantilahfikir

Replying to @abg.teslu Sini admin explain.

♬ original sound – MalasLetakNama – MalasLetakNama

Berbalik kepada topik utama, video ini menjadi perhatian netizen adalah kerana ada yang mendakwa kesemua banduan yang Alif Satar bersemuka itu dikatakan suspek utama dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Ini kerana selain daripada dakwaan video ini, ramai netizen perasan sesuatu di pengakhiran video bahagian kedua. Bagaimanapun ada yang kata bukan, ini kerana video ini ditayangkan pada tahun 2019 dan mereka masih belum dijatuhkan hukuman.

Screenshot 2024 08 01 131500 Screenshot 2024 08 01 131521 Screenshot 2024 08 01 131605 Screenshot 2024 08 01 131955 Screenshot 2024 08 01 132050 Screenshot 2024 08 01 132244 Screenshot 2024 08 01 132315

Penafian : Biarpun Alif Satar menjelaskan bahawa kita kenal dengan kes ini, tiada sebarang pengesahan dibuat tentang maklumat kes mereka ini. Malah dalam video penuh asal, Alif ada menjelaskan banduan berbaju ungu adalah banduan direman.

Sumber : TikTok, YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.