Berikutan dengan berita tergempar pasal rombakan kabinet semalam, Diva AA yang terkenal dengan kelantangannya tampil membuat kenyataan berbaur sinis kepada ahli-ahli politik yang berebut-rebut nak jadi PM.
Menerusi Instagram, memberi gambaran jika dia menjadi Perdana Menteri ke 8, ia susulan dengan penyerahan perletakan jawatan Tun M sebagai PM ke 7 semalam.
Tak main berjanggut, berbulu dada, padahal gila jantan” – Azwan Ali
Azwan Ali menyindir segelitir ahli politik yang nampak gagah tapi sebenarnya ‘gila jantan’ . Kenyataan itu dibuat susulan dengan tular gambar disunting senarai kabinet-kabinet baru yang ada mukanya di media sosial.
https://www.instagram.com/tv/B88Rh9nF0SY/?igshid=1raqlfauksod8
Disebabkan itu, Diva AA tekad nak saman individu yang melakukan suntingan poster tersebut pada hari ini 25 Februari 2020.
https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1232122845393588224
Bagaimanapun, sebenarnya kenyataan ingin menjadi PM ke 8 itu bukan lah serius pun, dia hanya berikan gambaran sahaja dan mesej itu dilihat seperti ingin tujukan kepada segelintir pihak.
Netizen seolah-olah dapat ‘hidu’ kepada siapa dia ingin tujukan tu, bagaimanapun masih belum tahu lagi kesahihan cerita ini.
Sama-samalah kita tunggu sidang media yang dia lakukan petang nanti.

