Tahun lalu, kita dikejutkan dengan berita kes pemain bola sepak tempatan, Faisal Halim yang telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali sehingga menyebabkan bintang sukan itu melecur.
Sehingga kini, suspek kes tersebut masih lagi belum dikenal pasti dan baru-baru ini, kes simbah asid melibatkan pemain bola sepak Selangor FC itu telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.
Menurut laporan Harian Metro, susulan perkara itu, Faisal Halim kemudiannya mengatakan dia kecewa dengan keputusan terbabit namun dalam masa yang sama, selaku pemain bola sepak, dia juga mahu terus fokus kepada kariernya dalam bidang sukan terbabit.
Manakala isu kes yang diklasifikasikan sebagai NFA itu tidak mahu difikirkannya lagi kerana itu semua merupakan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa.
Artikel berkaitan: Siasatan Kes Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Diklasifikasikan Sebagai NFA
Artikel Berkaitan: “Tindakan itu mungkin berjaya” – Bekas Menteri Undang-Undang Saran Faisal Halim Saman Polis
Anak jati Pulau Pinang ini turut mengatakan dia reda dengan ketentuan takdir berkaitan kejadian yang menimpanya itu. Walau bagaimanapun, dia turut meluahkan perasaannya.
“Saya rasa kalau kita ada buat salah silap apa-apa semua kita beritahulah kan daripada buat saya macam ini (simbah asid). Jika ada yang tak kena dengan saya, beritahu saya, jangan aniaya saya” luahnya.
Pemain sayap Selangor FC ini yang juga dikenali dengan nama panggilan Mickey turut mengatakan dia perlu menanggung keluarganya dan dia menjadi seorang pemain bola sepak kerana mahu menjadi pemain terbaik dan bukannnya untuk mengejar kesenangan.
Kita doakan agar kerjaya Faisal Halim dalam bidang sukan bola sepak negara akan semakin cemerlang dan berjaya selepas ini.
Sumber: Harian Metro