in

“Kalah Mami Jarum” – Pakai Barang Kemas Berkilo-kilo, Ramai Tercengang Tengok DSV

Dsv Barang Kemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun ianya sesuatu yang subjektif, sudah menjadi lumrah wanita sukakan perkara yang cantik-cantik di mata mereka, ini termasuklah pemilihan pakaian serta aksesori seperti barangan kemas.

Barang kemas yang diperbuat daripada emas ini menjadi pilihan ramai wanita kerana ia bukan sahaja cantik namun ia juga mempunyai nilai yang tinggi dan boleh dijual semula.


Tular baru-baru ini, video usahawan kosmetik tempatan Dato Seri Vida yang memperagakan barangan kemasnya sangat besar dan tebal, video itu membuatkan ramai netizen tercengang kerana emas sudah pastinya mempunyai nilai yang sangat tinggi.

@datoserividaofficial

Lama tak pakai emas . Kalau pakai balik macam ni okay tak? Teka Brapa KG 🥰 #datosrivida #foryoupage #fyp #viralvideo #lawakmalaysia #masukberandafyp

♬ original sound – Osama🦁Aslan

“Lama tak pakai emas. Kalau pakai balik macam ni okay tak? Teka berapa KG”, tulisnya di kapsyen.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok miliknya itu, Dato Seri Vida (DSV) memakai barangan kemas seperti gelang, cincin, rantai serta tiara yang bersaiz besar.

“Uih, berapa zakat dia tu agak-agak?”

Dalam ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terkedu melihat saiz barangan kemas yang dipakai oleh jutawan kosmetik itu, malah ramai yang memasang angan-angan untuk mempunyai barangan kemas sebegitu.

Tidak kurang juga, ramai yang berpesan agar DSV kekal berhati-hati kerana mempamerkan barangan mewah seperti itu.

Cats 68

Besar betul, berapa agaknya harga dia tu…

Baca: DSV Buat Netizen Menyirap Sebab Kaitkan Telekung Labuci Dengan Saf Solat Tarawih

Ft Dsv Pakai Telekung Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.