in

Kakitangan Kerajaan Terkedu Bakal Mentua Naikkan Harga Hantaran Lepas PM Umum Kenaikan Gaji

ft hantaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika Hari Pekerja pada awal Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa lebih 13 % kenaikan gaji akan diberikan kepada kakitangan awam, ia dikatakan satu kenaikan paling tinggi dalam sejarah Malaysia, lapor Berita Harian.

Susualn dengan pengumuman tersebut, ada segelintir rakyat Malaysia menzahirkan rasa bimbang jika ianya boleh menyebabkan harga barang naik.


Artikel berkaitan : “Mana sifat perikemanusiaan” – Caj Penghantaran Mahal, Individu Terpaksa Angkut Peti Sejuk Naik Basikal

Artikel berkaitan : “Saya mengaku bersalah” – Marissa Dania Hakim Buka Mulut, Beri Penjelasan Melalui Hantaran Di Instagram

Bagaimanapun ia jadi satu dilema buat seorang kakitangan sektor awam yang berumur 31 tahun iini setelah urusan untuk dia membina bahtera perkahwinan jadi semakin terbeban.

Difahamkan, keluarga bakal mentuanya itu telah menaikkan harga hantaran berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu, Jumlah hantaran yang diberikan itu meningkat sehingga RM 4,000 nilainya.

Ketika mereka mengikat tali pertunangan pada Disember lepas, keluarga tunangnya itu bersetuju untuk meletakkan hantaran sebanyak RM 14,000 namun berubah menjadi RM18,000 selepas pengumuman itu.

Disebabkan perkara ini, lelaki ini jadi buntu dan tertekan sampaikan bergaduh dengan tunang dan tidak nampak hala tuju hubungan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ada rakyat Malaysia menasihati lelaki itu untuk membuat keputusan dengan baik, malah ada juga yang anggap bahawa keluarga tunangnya itu dalam keadaan terdesak. Bahkan ada juga yang berpesan kepada lelaki itu untuk putuskan pertunangan.

Screenshot 2024 05 13 180944

Hurm, apa pun harap mereka dapat berbincang dengan baik dan pihak keluarga pun diharap dapat lebih bertolak ansur dalam hal ini.

Sumber : Berita Harian, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.