in

“Kaki kejang… jangan tinggalkan ma” – Warga Emas Hanyut Dibawa Arus Deras Ketika Redah Banjir Bersama Anak

warga emas dihanyut redah banjir bersama anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat seorang wanita untuk menghantar ibunya ke rumah ahli keluarga selepas kediamannya dinaiki air tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Tanah Merah, Kelantan, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kampung Bendang Nyior, kira-kira jam 3 pagi, mengorbankan Siti Gayah Zakaria, 70, manakala anaknya, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin, 48, selamat selepas bertarung nyawa di dalam air ketika cuba menyelamat ibunya.


Shamila berkata, dia terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan ibunya meskipun sudah berjaya membuka pintu selepas kereta jenis Proton Saga FLX dipandunya hanyut.

Artikel berkaitan: “Abang pandai berenang, ada ajar orang berenang, tapi..”- Adik Mangsa Hanyut Kepala Air

Artikel berkaitan: “Air dah makin deras…” – Wartawan Pakistan Hanyut Ketika Liputan Banjir, Detik Cemas Dirakam Secara Langsung

bhgelam26 1764127399

Berkongsi detik cemas itu, ketika tiba di lokasi kejadian, keretanya meredah limpahan air di jalan raya dan baru menyedari arusnya agak deras.

“Keadaan ketika itu gelap dan hanya bergantung kepada lampu kereta, rupanya arus yang melimpah atas jalan sangat deras sehingga membuatkan kereta saya berpusing dan terheret.”

Menurut Shamila, dia meminta ibunya keluar dan naik ke atas bonet hadapan apabila keretanya tersangkut di pembentung. Namun, disebabkan air terlalu deras, mereka berdua hanya mampu berpaut pada cermin kereta selain memegang antara satu sama lain.

“Dalam masa yang sama saya menjerit meminta tolong tapi tiada siapa yang lalu, lama-kelamaan kami semakin keletihan dan Ma memberitahu kakinya kejang dan minta saya supaya jangan tinggalkan dia namun pegangan tangan kami tiba-tiba terlucut sebelum Ma terus dibawa arus,” katanya.

Shamila dalam keadaan masih berpaut di cermin kereta hanya mampu meraung apabila melihat ibunya hanyut. Dia menjerit meminta tolong sebelum disedari orang awam yang melalui kawasan itu.

3352385

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.13 pagi dan jasad mangsa ditemui sekitar pukul 7.49 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kematian warga emas itu merupakan kes kedua melibatkan mangsa lemas di Kelantan pada musim tengkujuh kali ini selepas kes seorang wanita warga Indonesia yang maut dihanyut kepala air di Kampung Pulai, Gua Musang pada Khamis lalu.

Sumber: Harian Metro

Sumber: JBPM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.