Minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai kematian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas terkena pisau yang dibaling oleh kakaknya yang berusia 18 tahun gara-gara bergaduh ketika pulang dari sekolah.
Kisah ini jelasnya telah mendapat perhatian ramai, dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib remaja berusia 18 tahun ini selepas dia ditahan dan bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana insiden tersebut.
Semalam, rancangan TV3 999 telah membuat liputan mengenai kes ini dan temubual yang dibuat bersama ibu adik beradik ini turut tular di media sosial.
Dalam temubual itu, ibu berusia 40-an ini telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku ketika hari kejadian.
Menurut ibu ini, dua anaknya ini bukanlah bergaduh kerana berebutkan kerusi tapi disebabkan terkena kerusi yang dibaringkan oleh salah seorang dari mereka.
Bermula dari itu, dua adik beradik ini mula bergaduh mulut dan membuat provokasi. Pergaduhan mulut antara mereka juga telah berterusan sehingga sampai ke rumah.
Sekejap je tiba-tiba adik keluar. Saya dengar anak nombor 3 saya cakap, ‘ibu, ibu abang dah berdarah banyak ni…
“Saya cakap ‘kakak kau dah buat apa ni?’ Saya panggil kakak keluar sebab takut kakak buat sesuatu kan. Kakak dah macam panik sangat.
“Kakak dah macam, ‘Ya Allah abang apa kakak dah buat ni? Abang maafkan kakak, ibu maafkan kakak, jangan benci kakak. Kakak tak sengaja ni, ya Allah. Ibu, nanti kakak masuk neraka sorang ke? Kita tak sama-sama dekat syurga ke?”
https://www.tiktok.com/@lirahs.dhom/video/7158506628952624411?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=kakak%20tikam%20adik&t=1666748438682
Selain itu, ibu ini turut berkata yang dia percaya bahawa anak perempuannya itu tak sengaja. Tambahnya lagi, anaknya itu mungkin capai pisau kerana itu objek yang paling hampir dengannya pada ketika itu.
Allahu, kuat betul ibu ni sampai boleh cerita semula apa yang berlaku. Semoga pendedahan ini sedikit sebanyak dapat hentikan spekulasi oleh orang-orang luar. Min doakan semoga urusan keluarga ni dipermudahkan.
Baca: Tertikam Adik Sebab Bergaduh, Kakak Direman Tapi Tiada Keluarga Hadir Ke Mahkamah