Lumrah adik beradik, kalau boleh nak dapat juga apa yang adik beradik lain dapat, betul tak? Sebab itulah kebanyakan ibu bapa mesti akan beri kasih sayang secara sama rata untuk setiap anak supaya tak timbul isu pilih kasih.
Video yang tular di TikTok baru-baru ini, memaparkan sebuah keluarga menyambut hari lahir salah seorang ahli keluarga mereka. Ramai netizen terharu tengok reaksi kakak sulung dapat hadiah hari jadinya.
@afifrushdan Sorry kakak😂😁 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp
Kakak sulung ‘termenung’ tengok hadiah adik
Video yang dimuat naik oleh @afifrushdan di TikTok menunjukkan mereka sekeluarga sedang menyambut hari lahir anak kedua (angah) di sebuah food court. Selepas sesi memotong kek, bapa mereka memberi sebungkus hadiah kepada si angah.
Jelas di wajah kakak sulung yang kelihatan sedih dan kecewa melihat adiknya mendapat hadiah sedangkan dirinya tidak menerima lagi hadiah hari jadi untuk tahun itu. Namun, dia menutup kesedihan dengan senyuman seolah-olah tiada apa yang terjadi.
Bercakap kepada Lobak Merah, Afif berkata kakak sulungnya tidak mendapat lagi hadiah hari lahir kerana ayah mereka outstation pada bulan kelahirannya. Oleh itu, mereka sekeluarga mahu membuat kejutan untuk kakak sulungnya sekali pada waktu itu.
Artikel berkaitan: “Ada king crab weh!” – Keluarga Buat Kejutan Hadiah Konvo Macam Rombongan Pengantin
Artikel berkaitan: Hanya Pakai Kereta Kancil Lama, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Raih Sebak Netizen
“Kakak ingat ayah lupa kakak ke?”
Tidak lama selepas itu, bapa mereka memberi kejutan kepada kakak sulung dengan memberikan satu bungkus hadiah hari jadi untuk kakak sulung. Wajahnya terus bertukar gembira dan sebak selepas menerima hadiah itu. Hadiah yang diterima oleh mereka berdua adalah seutas beg berjenama.
Afif berkata, sambutan hari jadi adalah salah satu tardisi keluarga mereka dan itulah cara ayah dan ibunya menghargai anak-anak.
Setiap tahun memang kami sekeluarga akan sambut dari umur 1 tahun sampai sekarang ayah ibu tak pernah lupa sambut birthday kami.
Kalau bagi hadiah sorang dapat semua akan dapat time sambutan birthday masing2 takde yg lebih atau kurang semua sama rata, itu salah satu cara ayah dan ibu appreciate kami dan juga salah satu cara family bonding.
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat reaksi kakak sulung.
Happy tengok cara family ni appreciate each other!
Sumber: TikTok