in

Kakak Dakwa Safee Sali Pusing Fakta, Berbohong Tentang Bekas Isteri

Untitled design 2024 04 03T152531.613

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, bekas isteri pemain boleh sepak kebangsaan Safee Sali, Fitria Elfina Maharip membuat tuntutan hadanah.

Terdapat cerita di mana bekas pemain skuad kebangsaan itu menghalang bekas isterinya untuk bertemu dengan dua anak mereka, disebabkan itu isterinya melakukan prosedur tersebut.


Terbaru, kakak kepada Safee menasihatkan agar tidak terus bercakap bohong dan menabur fitnah terhadap bekas isterinya itu dalam isu penjagaan dua anak mereka.

Artikel berkaitan: “I nak jumpa anak… please” – Bekas Isteri Sedih, Merayu Dekat Safee Sali Nak Jumpa Anak

Artikel berkaitan: “Orang yang tahu je macam mana” – Dilabel Kena Kifarah, Bekas Isteri Safee Sali Nafi Jadi Perampas

Menurut laporan Kosmo!, kakaknya, Normalayati berkata Safee sering memberikan fakta terbalik termasuk mendakwa Fitria enggan memberi kerjasama untuk melihat dua anaknya yang berusia tujuh dan sembilan tahun sebelum ini.

Malah, kakaknya itu memberitahu ramai adik-beradiknya tidak bersetuju dengan tindakan Safee termasuk bernikah secara senyap-senyap dan mengambil dua anaknya sebelum ini.

“Saya lihat sendiri bukti dan jangan tuduh dan fitnah (bekas) isteri. Kau (Safee) yang pusing fakta dan bohong. Saya cuma nak cakap supaya dia betulkan apa yang salah.

Fitria orang yang paling tepat (untuk) jaga anak sebab Safee terlalu sibuk. Semoga kemenangan berpihak kepada Fitria,” katanya.

Difahamkan, kakaknya itu sudah berulang kali memujuk Safee berhubung perkara tersebut, namun tidak diendahkan malah menuduhnya kerana menyokong Fitria.

Harap perkara ini selesai dengan cara baik…

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.