in

“Kak Lina mohon maaf…” – Selepas 4 Minggu, Astro Umum Elly Mazlein Undur Diri Dari Gegar Vaganza

Elly Mazlein Gv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program nyanyian Gegar Vaganza (GV) sememangnya antara rancangan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, khusunya peminat muzik tanah air.

Bagi musim kesepuluh ini, GV menampilkan peserta-peserta yang pernah menjuarai rancangan itu serta beberapa peserta hot seat bagi merebut gelaran juara GV All Stars.


Artikel berkaitan: Lelaki Menangis Bila Zamani Dapat ‘Hot Seat’ GV, Netizen Pun Sama Terharu!

Artikel berkaitan: “Sila tag Kak KM apa ntah nama dia” –  Kak Lina Pom Pom Respon Kenapa Tutup Muka Anak

Musim terbaru ini, rancangan tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta tambahan baru, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina.

Pun begitu, hari ini pihak Astro mengumumkan pengunduran Kak Lina sebagai pengacara rancangan tersebut atas hal-hal peribadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Menurut laporan Astro Gempak, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqib Ahmad mengumumkan perkara itu dengan berat hati serta berterima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan serta komitmennya untuk rancangan itu.

“Setelah memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi.

Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil,” katanya.

Selain itu, Kak Lina juga memohon maaf kerana tidak meneruskan pengacaraannya untuk rancangan tersebut dan berpesan agar terus memberikan sokongan terhadap GV serta peserta-peserta yang bertanding.

Difahamkan, All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse dan diadili oleh juri profesional sedia ada.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.