in

Kajian: Ramai Anak Muda Jadi Mat Rempit Kerana Pengaruh Rakan Sebaya, Bukan Salah Kerajaan

3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkataan Mat Rempit sudah menjadi sinonim dengan anak muda yang gemar bermain motosikal. Golongan ini mula dipandang enteng oleh masyarakat apabila mereka menunggang secara merbahaya dan berlumba secara haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Persoalannya di sini, bagaimana seseorang anak muda itu boleh terjebak dengan gejala Mat Rempit?


Kajian oleh PDRM

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), hasil kajian mendapat gejala itu berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan kerelaan seseorang itu sendiri. Polis juga menolak aktiviti sosial ini disebabkan oleh salah kerajaan, pihak berkuasa mahupun faktor keluarga.

Menurut Timbalan Ketua Polis Seri Alam, Mohd Roslan Mohd Tahir, ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh pihanya dalam tempoh 3 tahun untuk mencari punca sebenar seseorang itu terlibat dalam gejala lumba haram.

1 6

Kajian ini dilakukan ke atas 300 mat rempit tegar dari usia 16 tahun hingga 27 tahun di lima kawasan sekitar bandar bandar raya – Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri. Golongan ini ditemu bual dan didekati untuk mendapatkan data yang tepat.

Sambung beliau, selama ini masyarakat menuding jadi dan menyalahkan kerajaan dan keluarga ke atas gejala mat rempit yang semakin berleluasa. Hasil kajian ini menunjukkan sebaliknya.

“Hasil daripada kajian melibatkan koresponden mat rempit tegar yang ditemu bual secara personal. Ia bukanlah salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga kerana (hasil kajian yang dilakukan) mendapati ia adalah salah diri sendiri dan paling penting penemuan saya ialah 90% adalah pengaruh rakan sebaya,” katanya pada sidang media.

2 7

Bagaimanapun, beliau berpendapat gejala ini boleh ditangani jika pihak kerajaan menerusi badan-badan tertentu berterusan mengadakan program seperti kempen kesedaran. Malah, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat besar untuk memberi nasihat kepada anak-anak mereja.

Adakah Mat Rempit golongan yang tidak baik?

Jika difikir secara rasional, hobi dan minat setiap orang adalah berlainan. Jadi, tidak adil untuk menuduh golongan mat rempit sebagai salah satu bentuk gejala sosial yang tidak elok hanya kerana mereka minat bermain dengan motosikal.

Jika minat mereka terhadap motosikal dapat digunakan dengan baik, pasti banyak kebaikan yang dapat dilihat. Jadi, semua pihak haruslah membantu golongan ini agar tidak terlibat dengan perkara yang tidak elok dan membahayakan.

Kredit: FMT

BACA: Jeruk Mangga Punya Pasal, Motor Kemalangan Lepas Ada Kereta Berhenti Di Tengah Jalan

Cats 8

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.