in

Kajian: Jumlah Sedikit Lelaki Yang Masuk Kolej & Universiti Jadi Punca Krisis Perkahwinan

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari ini, tidak semua orang menjadikan perkahwinan bersama pasangan tercinta sebagai impian hidup mereka. Ada sesetengah golongan yang lebih memilih untuk fokus terhadap kerjaya dan memuaskan kehendak peribadi terlebih dahulu.


Bercerita tentang perkahwinan, seorang profesor dari Universiti New York baru-baru ini ada membuat kenyataan tentang krisis perkahwinan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

Menurut profesor ini, bilangan kaum lelaki yang terlalu sedikit memasuki kolej dan universiti menjadi punca kepada krisis perkahwinan dan masalah sosial. Sambung beliau, isu ini adalah penting dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

8Kqsbs39N Single Man

Profesor Scott Galloway berkata, krisis perkahwinan bakal tidak dapat dielakkan jika kaum lelaki terus memandang pendidikan sebagai sesuatu perkara yang tidak penting. Jelas beliau, wanita lebih cenderung untuk tertarik dengan lelaki yang berjaya dan memiliki sijil kolej atau universiti.

Beliau turut memberi contoh daripada aplikasi mencari jodoh yang popular di Amerika Syarikat, Tinder.

“Dua daripada tiga hubungan cinta bermula di Tinder, 50 lelaki dan 50 wanita. 46 wanita memberikan perhatian mereka kepada hanya empat lelaki. Apa yang empat lelaki ini ada? Mereka kelihatan berjaya dengan memiliki sijil ijazah”, jelas beliau.

Tinder Dating App Worst Messages

Menurut sumber, 60 peratus daripada pelajar kolej pada masa kini ialah kaum wanita, manakala baki 40 peratus ialah kaum lelaki. Jika nak dibandingkan pada tahun 1970, kaum lelaki mendominasi dengan jumlah 59 peratus dan selebihnya ialah kaum wanita.

Hasil kajian turut mendapati bilangan kaum lelaki yang menghantar aplikasi kolej adalah sedikit dan purata mereka berhenti belajar adalah tinggi.

“Orang yang paling berbahaya di dunia adalah lelaki yang miskin dan kesepian, dan kita menghasilkan terlalu banyak golongan ini. Ketidaksamaan pasangan yang terhasil akan menimbulkan risiko eksistensial bagi ekonomi dan masyarakat kita”

“Mereka semua mempunyai satu persamaan. Mereka mempunyai lelaki muda, tertekan kerana tidak bekerja, tidak berpelajaran, dan ketidakupayaan kita untuk menyediakan sumber dan mendorong lelaki untuk pergi ke kolej akan mengakibatkan kita menghasilkan terlalu banyak kohort paling berbahaya di dunia”, sambung beliau.

Meskipun kajian dan kenyataan ini berdasarkan situasi semasa di Amerika Syarikat, adakah anda bersetuju bahawa wanita lebih cenderung untuk memberi perhatian kepada lelaki yang berpelajaran?

 

Kredit: Insider, The College Post

BACA: Kajian: Pengguna Android Lebih Bagus Dijadikan Pasangan Berbanding Pengguna iPhone

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.