Tidur merupakan satu aktiviti yang sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Walaupun ramai di antara kita yang cuba untuk dapatkan tidur yang cukup setiap malam tapi tak semua ada kemewahan ni disebabkan terhalang oleh kerja.
Disebabkan ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah membuat satu kajian menunjukkan bidang pekerjaan apa yang buat orang tak cukup tidur. Kalau korang nak tengok pekerjaan korang termasuk ke tak, baca senarainya dekat bawah ni.
Artikel berkaitan: Kajian Dapati Menangis Boleh Kuruskan Badan, Ini Sebabnya…
Artikel berkaitan: Kajian: 75% Remaja M’sia Tonton Video & Gambar Lucah Gara-Gara Ibu Bapa Sibuk Bekerja
Kerja paling tak cukup tidur: Kajian CDC
CDC telah menggunakan tidur selama tujuh jam sebagai penanda aras. Ini kerana, beberapa kajian sebelum ini menunjukkan bahawa tidur selama tujuh jam merupakan purata tidur yang cukup untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Secara puratanya, kajian ini menemui bahawa sebanyak 36.5 peratus kumpulan pekerjaan mempunyai tidur yang kurang dari tujuh jam setiap malam. Kumpulan pekerjaan tersebut adalah:
22. Pertanian, perikanan dan perhutanan
Seramai 31.3% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Nelayan dan pemburu: 36.6%
- Petani: 30.2%
21. Pendidikan, latihan dan perpustakaan
Seramai 31.3% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pekerja di sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah khas: 32.5%
- Pustakawan, kurator dan arkib: 30.3%
20. Perkhidmatan komuniti dan sosial
Seramai 32.3 pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Kaunselor, pekerja sosial dan pakar dalam bidang perkhidmatan komuniti dan sosial
- Pekerja dalam bidang keagamaan
19. Sains kehidupan, fizikal dan sosial
Seramai 33.6% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Juruteknik fizikal dan sains sosial: 41.8%
- Saintis fizikal: 32.4%
- Saintis sosial dan pekerja berkaitan: 32.3%
18. Komputer dan matematik
Seramai 33.8% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pekerja sains matematik: 38.1%
- Pakar komputer: 33.6%
17. Seni bina dan kejuruteraan
Seramai 34.3% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Penggubal, juruteknik kejuruteraan dan pemetaan: 40.5%
- Arkitek, juru ukur, dan kartograf: 36.2%
- Jurutera: 32.3%
16. Jualan dan berkaitan
Seramai 34.4% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Penyelia, jurujual: 36%
- Wakil jualan, perkhidmatan: 35.4%
- Jurujual runcit: 34.4%
15. Undang-undang
Seramai 34.5% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pembantu undang-undang: 37.5%
- Peguam, hakim dan yang berkaitan: 32.9%
14. Pembinaan
- Pekerja pembinaan: 45.3%
13. Pengurusan
Seramai 35.4% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Ketua, eksekutif, pengurus am dan operasi, penggubal undang-undang: 36.3%
- Pengurus kepakaran operasi: 35.6%
- Pekerja lain dalam pengurusan: 35.3%
12. Seni, reka bentuk, hiburan, sukan dan media
Seramai 35.5% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pekerja seni dan reka bentuk: 39%
- Penghibur, atlet dan yang berkaitan: 34.8%
- Pekerja komunikasi dan media: 33.6%
11. Pembersihan dan penyelenggaraan bangunan dan kawasan
Seramai 36% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Penyelia, pekerja pembersihan dan penyelenggaraan bangunan dan kawasan: 41.2%
- Pekerja pembersihan bangunan dan kawalan serangga: 38.2%
- Pekerja penyelenggaraan bawah tanah: 28.8%
10. Operasi perniagaan dan kewangan
Seramai 36.1% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- 1 (seri). Pakar operasi perniagaan: 36%
1 (seri). Pakar kewangan: 36%
9. Sokongan pejabat dan pentadbiran
Seramai 36.5% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pengendali alatan komunikasi: 58.2%
- Pekerja rakaman, penjadualan, penghantaran dan pengedaran bahan: 44.6%
- Pekerja sokongan pejabat dan pentadbiran lain: 36%
8. Pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan
Seramai 36.6% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pekerjaan pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan lain: 38.7%
- Mekanik, pemasang dan pembaikan peralatan elektrik dan elektronik: 36.6%
- Mekanik, pemasang dan pembaikan kenderaan dan peralatan mudah alih: 36%
7. Penjagaan dan perkhidmatan peribadi
Seramai 37.5% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Atendan hiburan dan pekerja berkaitan: 48.2%
- Pekerja penjagaan dan perkhidmatan peribadi lain: 38.5%
- Atendan pengangkutan, pelancongan dan penginapan: 36.4%
6. Pengangkutan dan pemindahan bahan
Seramai 39.1% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pengangkutan dan pemindahan bahan: 54%
- Pekerja pengangkutan rel: 52.7%
- Penyelia, pengangkutan dan pekerja pemindahan bahan: 43.3%
5. Perkhidmatan perlindungan
Seramai 39.2% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Bomba: 45.8%
- Pegawai penguatkuasa undang-undang: 39.8%
- Pekerja perkhidmatan perlindungan lain: 37.7%
4. Penyediaan makanan dan berkaitan hidangan
Seramai 39.8% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Penyelia, penyediaan makanan dan pekerja penyajian: 48.9%
- Tukang masak dan pekerja penyediaan makanan: 41.4%
- Pekerja yang menyediakan makanan dan minuman: 36.1%
3. Pengamal penjagaan kesihatan dan teknikal
Seramai 40% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Ahli teknologi dan juruteknik kesihatan: 40.4%
- Pengamal diagnosis dan rawatan kesihatan: 39.7%
- Pengamal penjagaan kesihatan lain dan pekerjaan teknikal: 35.1%
2. Sokongan penjagaan kesihatan
Seramai 40.1% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Kejururawatan, psikiatri dan pembantu kesihatan di rumah: 43.3%
- Pekerjaan sokongan penjagaan kesihatan lain: 35.7%
- Pembantu terapi pekerjaan dan fizikal: 32.8%
1. Produksi
Seramai 42.9% pekerja dalam bidang ini tidur kurang dari tujuh jam.
Perkerjaan yang buat orang tak cukup tidur:
- Pekerja percetakan: 50.9%
- Pengendali loji dan sistem: 49.6%
- Penyelia, pekerja pengeluaran: 48.9%
Sumber: CDC